Tiga banduan yang didapati positif COVID-19 daripada Kluster Penjara Reman Pulau Pinang, difahamkan ditempatkan di dalam sel yang sama dengan banduan yang meninggal dunia akibat jangkitan itu 5 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamed Jusoh Ismail, seramai 26 orang banduan di dalam sel berkenaan kemudian diasing dan dikuarantin sebaik sahaja kes COVID-19 disahkan.

“Setakat 10 Oktober, 18 orang (termasuk si mati) disahkan positif, manakala lapan lagi banduan yang tinggal dalam sel sama tidak menunjukkan gejala”.

Walau bagaimanapun, mereka masih lagi dikuarantin dan diasingkan daripada banduan lain.

Kesemua 17 banduan yang diuji positif itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan berada dalam keadaan yang stabil.

Tambah beliau, proses ujian saringan terhadap staf dan banduan penjara berkenaan telah dijalankan sejak 5 Oktober lalu.

Keadaan di dalam penjara difahamkan terkawal dan baik. “Saya sedikit lega kerana tiada petugas yang positif dan berharap tiada penularan di sel-sel lain”.

Pada 10 Oktober, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tiga penambahan kes baharu melibatkan Kluster Penjara Reman.

Ini menjadikan keseluruhan jumlah kes kluster tersebut adalah sebanyak 18 kes termasuklah banduan yang meninggal dunia sebelum ini.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular