Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua sekolah di Daerah Petaling, Selangor yang diisytiharkan sebagai zon merah COVID-19 bermula 12 hingga 25 Oktober.
Keputusan itu diumumkan oleh pihak KPM menerusi satu kenyataan, di mana penutupan itu melibatkan sejumlah 298 buah sekolah rendah, menengah, kolej vokasional serta sekolah swasta.
Ibu bapa atau penjaga juga boleh membawa pulang pelajar yang tinggal di asrama sekolah mahupun kolej vokasional.
KENYATAAN MEDIA
PENUTUPAN SEKOLAH DI KAWASAN ZON MERAH DI DAERAH PETALING
Klik pautan ini atau layari Portal KPM untuk senarai penuh sekolah di tutup. https://t.co/ucWY7gta4M pic.twitter.com/N7i1eM2G4s
— KPM (@KemPendidikan) October 11, 2020
Ataupun pelajar sendiri boleh memilih untuk terus kekal berada di asrama untuk sepanjang tempoh penutupan sekolah.
Keperluan makan dan minum pelajar sepanjang tempoh berkenaan difahamkan akan disediakan oleh pihak sekolah.
Tambah KPM, semua pengetua dan guru besar akan memastikan guru serta murid akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian.
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.
Manakala sekolah yang sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terlibat dengan penutupan, penjadualan semula peperiksaan akan dibuat ke suatu tarikh yang bersesuaian.
Berikut merupakan senarai sekolah yang ditutup hingga 25 Oktober :
KENYATAAN MEDIA
PENUTUPAN SEKOLAH DI KAWASAN ZON MERAH DI DAERAH PETALING
Klik pautan ini atau layari Portal KPM untuk senarai penuh sekolah di tutup. https://t.co/ucWY7gta4M pic.twitter.com/N7i1eM2G4s
— KPM (@KemPendidikan) October 11, 2020
Maybe you're interested :