Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilaporkan akan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 2% hingga 50% bagi penggunaan antara 1 Oktober hingga 31 Disember 2020.

Lanjutan dalam tempoh tiga bulan itu difahamkan memanfaatkan lebih tujuh juta pelanggan, dibuat susulan lanjutan Diskaun Rangsangan Ekonomi yang diberikan bulan Mac lalu.

Menurut Megat Jalaluddin Megat Hassan, Ketua Pegawai Runcit TNB, inisiatif perlanjutan diskaun oleh kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) itu mengkhususkan golongan yang memerlukan.

“TNB menyokong usaha kerajaan mengurangkan impak pandemik COVID-19 kepada rakyat dan langkah yang diambil bagi membantu rakyat menyesuaikan diri dengan pemulihan semula ekonomi”.

Kadar diskaun yang ditawarkan adalah :

  • 50% untuk penggunaan elektrik bulanan antara 1 – 200 kilowatt atau sehingga RM43.60
  • 25% untuk penggunaan 201 – 300 kilowatt atau RM43.70 hingga RM77
  • 15% untuk penggunaan 301 – 600 kilowatt atau RM77.10 hingga RM231.80
  • 10% untuk penggunaan 601 – 900 kilowatt atau RM232.25 hingga RM395.60
  • 2% untuk penggunaan melebihi 900 kilowatt atau melebihi RM396.17

Tambah Megat, pihak TNB juga akan meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman hingga akhir tahun ini.

Ia merangkumi pelan bayaran mudah iaitu pilihan pengguna untuk membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan.

Atau pengecualian surcaj lewat bayar bagi tempoh 18 Mac lalu hingga 31 Disember ini.

Mahupun pengangguhan aktiviti pemotongan bekalan kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan pihak berkuasa.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular