Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada hari Selasa, 13 Oktober.

Dalam satu kenyataan media pada 8 Oktober, Datuk Seri Anwar menyatakan bahawa beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai  jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti yang dinyatakan dalam sidang media pada 23 September.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar yang juga pemimpin pakatan pembangkang Pakatan Harapan (PH) meminta rakyat Malaysia untuk ‘terus bertenang’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on

“Saya berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing serta menghormati peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam kenyataan itu.

Pada 23 September, Datuk Seri Anwar mendakwa beliau telah mendapat sokongan majoriti ‘kukuh dan meyakinkan’, iaitu dua pertiga kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Ketika itu, Datuk Seri Anwar menyatakan bahawa beliau mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 22 September jam 11 pagi. Namun Istana Negara mengeluarkan kenyataan dengan memaklumkan majlis menghadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong terpaksa ditangguhkan berikutan kegeringan baginda yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Datuk Seri Anwar mendakwa kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on

Berikutan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui bahawa beliau telah gagal untuk menghalang ahli parti dan gabungannya untuk menyokong Datuk Seri Anwar.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menghalang Ahli Parlimen yang memilih untuk menyokong Anwar, yang mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong,” kata Datuk Seri Zahid kepada The Sun Daily.

Ekoran itu, Tan Sri Muhyiddin menggesa rakyat untuk menolak ahli politik yang berusaha merosakkan kestabilan politik negara, dengan menyatakan bahawa beliau masih Perdana Menteri Malaysia yang sah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular