KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah disahkan positif COVID-19.
Menurut Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Effendi Mohamed Sunoh, Datuk Seri Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman kini menjalani kuarantin wajib di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu.
“Semasa dalam kuarantin kendiri tersebut, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi. Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif,” katanya.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor positif COVID-19, sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth – Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah Effendi Mohamed Sunoh pic.twitter.com/T70nUoCsaH
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) October 9, 2020
Menurut Effendi, Datuk Seri Hajiji kini menjalani rawatan lanjut di QEH dan keadaan kesihatannya baik dan stabil.
Tambah Effendi, walaupun sedang menjalani rawatan, Datuk Seri Hajiji masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri Sabah di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video selain pentadbiran kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.
Sehubungan itu, beliau turut mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Sabah dan Malaysia selamat daripada COVID-19.
Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor jalani kuarantin kendiri sukarela dua minggu setelah terdedah individu positif COVID-19 – Setiausaha Kerajaan Negeri pic.twitter.com/3EuSfw7tmr
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) October 8, 2020
Pada 8 Oktober, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan memaklumkan Datuk Seri Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.
Datuk Safar berkata langkah Ketua Menteri Sabah itu dilakukan secara sukarela setelah menyedari beliau terdedah kepada individu yang didapati positif COVID-19.
Datuk Safar turut memaklumkan kerajaan negeri berfungsi seperti biasa dan sebarang mesyuarat dengan Ketua Menteri Sabah akan dijalankan melalui persidangan video.
Maybe you're interested :