Seekor kucing jalanan difahamkan telah diangkat sebagai wira oleh penduduk tempatan setelah menyelamatkan nyawa bayi berusia tiga bulan.

Malang buat bayi tersebut, di mana bayi itu ditinggalkan di dalam kotak tatkala musim sejuk melanda bandar Obninsk, Selatan Moscow.

Seperti yang kita sedia maklum, cuaca sejuk yang ekstrim di Rusia berupaya untuk membunuh manusia. Oleh kerana bayi itu dibiarkan di luar, maka peluang untuknya hidup agak tipis.

Agak sukar difahami apabila terdapat individu begitu kejam dengan meninggalkan bayi tersebut di luar dengan suhu di bawah takat beku. Mujurlah ada ‘penyelamat’ yang datang…

Masha, seekor kucing betina yang tinggal di kawasan tersebut menemukan bayi itu yang kesejukan itu di dalam kotak berkenaan.

Didorong oleh naluri keibuannya, Masha segera melompat ke dalam kotak tersebut lalu menekan tubuhnya bagi memberikan kehangatan pada tubuh bayi tersebut.

Masha juga cuba ‘menjerit’ untuk meminta bantuan dengan menghasilkan bunyi ‘meow’ dengan kuat. Ianya kemudian didengar oleh seorang penduduk, Irina Lavrova.

“Kebiasannya, Masha akan datang dan ‘menyapa’ saya. Bayangkanlah betapa terperanjatnya saya apabila mendapat tahu terdapat bayi bersama Masha di dalam kotak.

“Masha turut menjilat muka bayi tersebut”, dedah Irina yang segera membawa bayi tersebut ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut laporan, terdapat juga beberapa lampin serta makanan di dalam tin ditinggalkan di dalam kotak tersebut bersama bayi itu.

Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati bahawa bayi lelaki tersebut berada dalam keadaan yang sihat. “Bayi itu cuma beku sedikit ekoran terbiar di luar selama beberapa jam”, jelas wakil hospital.

Atas tindakan pantas Masha, maka nyawa bayi itu dapat diselamatkan. Menurut penduduk tempatan, Masha kekal berada di jalan ketika bayi itu dibawa ke hospital.

Masha seperti mahu mengetahui berita tentang bayi itu secepat mungkin dan kelihatan mahu terus menjaganya. Baiknya Masha!

Tindakan Masha tersebut membuktikan bahawa haiwan juga bersifat penyayang, bahkan melebihi manusia bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular