Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan senator Dewan Negara, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri pada 5 Oktober disahkan positif COVID-19.
Ia didedahkan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran tweet di akaun peribadi Twitternya, @drzul-albakri [1].
Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh @KKMPutrajaya [2]. Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.
— ?? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 5, 2020 [3]
Beliau difahamkan kini sedang menjalani rawatan dan berada dalam keadaan yang baik ketika ini.
“Saya menyeru orang ramai yang hadir majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera”.
Melalui satu lagi hantaran, Dr Zulkifli turut memohon maaf atas sebarang kelemahan dan kekurangan pada dirinya.
Untuk makluman semua. pic.twitter.com/1s5IjqBPsz [4]
— ?? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 5, 2020 [5]
“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah”.
Difahamkan dalam tempoh tersebut juga, beliau turut menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Selain Dr Zulkifli dan Muhyiddin, mesyuarat itu turut dihadiri oleh beberapa menteri yang lain seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Dr Adham Baba.
PMO [6]
Ia juga turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta Inspektor Jeneral Polis, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan mengatakan bahawa semua individu yang menghadiri mesyuarat itu telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaan saringan.
“Mereka yang telah dikenalpasti sebagai kontak rapat ketika mesyuarat itu juga telah diberi Perintah Pengawasan Rumah (HSO) selama 14 hari mulai 3 Oktober dan gelang kuarantin”.