KOTA KINABALU- Sebuah notis mengenai penutupan sementara Kompleks Taman Kinabalu bermula 25 September sehingga 8 Oktober ini telah dikeluarkan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (LPATTS) bertujuan bagi menjalankan proses nyahkuman. Tindakan tersebut diambil ekoran adanya seorang pendaki dari Tawau yang didapati positif COVID-19.

Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jamili Nais, berkata pusat COVID-19 dibuka di Taman Kinabalu sebagai operasi pencegahan penularan yang melibatkan ujian saringan COVID-19 ke atas kontak rapat pendaki yang terdiri daripada malim gunung, pendaki awam dan staf taman serta syarikat swasta yang terbabit dalam aktiviti pendakian itu.

“Operasi nyah kuman yang menyeluruh dilaksanakan ke atas kemudahan-kemudahan pelancongan di sepanjang laluan pendakian ke Gunung Kinabalu termasuk di Stesen Panabalan (base camp) di sepanjang tempoh penutupan,” katanya lagi.

Selain itu, semua kakitangan yang bertugas di pusat saringan, kaunter pendaftaran serta pintu masuk Kompleks Taman Kinabalu dan Panalaban dikehendaki menjalani saringan kesihatan di Dewan Kinabalu.

Tambahan lagi, semua malim gunung dan porter serta kakitangan Sutera Sanctuary Lodge (SSL) dan Mt Torq yang terdedah kepada jangkitan COVID-19 ketika bertugas pada dua tarikh berkenaan dikehendaki menjalani saringan kesihatan.

Sementara itu, Jamili turut berkata, kakitangan dan malim gunung rombongan pendaki yang dikenal pasti terdedah rapat dikehendaki menjalani kuarantin di rumah sehingga keputusan ujian saringan mereka diperolehi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular