Haiwan peliharaan comel bernama Tifa boleh mengibaskan ekor, menjelirkan lidah serta suka menggonggong mainan yang dilontar tuannya dan membawanya kembali berkali-kali tanpa rasa jemu.

Tifa bukan anjing biasa tetapi dia itu seekor kucing.

Facebook

Rakaman video anak kucing comel yang bermain dengan pemiliknya ini telah menarik lebih 14 juta penonton di YouTube dan telah diulang tonton berkali-kali di laman sosial lain sejak tahun 2011.

Facebook

Si peniru anjing yang perasan sangat rasanya dia seekor anjing, memandang pemiliknya dengan mata dan mulutnya yang comel sambil menunggu mainan dilemparkan, lalu selepas itu Tifa bingkas mendapatkannya.

Facebook

Si comel Tifa kembali di atas katil dengan mulutnya menggonggong mainan dan meletaknya di tepi tuan, yang tidak boleh tahan untuk terus ketawa geli hati. 

Facebook

Tifa menjelirkan lidahnya seperti anjing peliharaan yang bijak bermain, mukanya terus gembira sentiasa tersenyum sambil mengibaskan ekor dan memandang tuan dengan wajah comel mengajak untuk terus bermain.

Facebook

Kucing comel ini tidak pernah diajar untuk berkelakuan seperti anjing, tetapi pemiliknya berkata pada suatu hari dia melempar tikus mainan untuk menarik perhatiannya, tetapi tiba-tiba Tifa pergi mendapatkannya dan membawanya kembali ke pangkuannya. Selepas itu dia membuang lagi berkali-kali dan Tifa mendapatkannya dengan membawanya kembali tanpa rasa jemu.

Facebook

Dia tidak berasa letih untuk terus bermain sama seperti anjing, amat lincah dan kelakuannya tidak seperti kucing.

Tambahan ekornya yang diangkat-angkat bersama lidahnya yang sentiasa terjelir termengah-mengah tidak ubah seperti anjing.

Facebook

Mungkin pada kehidupan lampau sebelum dilahirkan semula, Tifa adalah seekor anjing maka dia tidak boleh mengubah kelakuan semulajadinya itu.

Apa yang menarik, pemilik Tifa nampaknya amat beruntung kerana dapat memelihara kedua-dua spesies haiwan peliharaan, yang berbadan kucing tetapi berjiwa anjing.

Facebook

Pakej unik jarang ditemui dan paling melucukan, membuat pemilik terus ceria tidak mengira masa.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular