Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan isterinya, Melania Trump telah diuji positif dengan COVID-19.

“Malam ini, @FLOTUS dan saya telah diuji positif dengan COVID-19. Kami akan mulakan tempoh kuarantin dan proses penyembuhan secepatnya. Kami akan menghadapinya BERSAMA”.

Ia kemudian disusuli dengan tweet daripada Melania, “Seperti ramai rakyat AS yang telah melaluinya, saya dan @potus akan mengkuarantinkan diri di rumah selepas didapati positif COVID-19”.

Tambahnya, mereka dalam keadaan yang baik dan telah menangguhkan semua acara yang telah dijadualkan. “Pastikan anda kekal selamat dan kita akan hadapi keadaan ini bersama-sama”.

Doktor kepada Trump, Sean P. Conley dalam satu kenyataan berkata, presiden dan isterinya berada dalam keadaan yang baik pada ketika ini.

Dan mereka merancang untuk tinggal di di White House selama tempoh kuarantin. “Pihak White House dan saya akan memastikan penjagaan yang rapi. Saya hargai sokongan yang diberikan oleh institusi dan profesional perubatan di negara ini”.

“Usah khuatir, saya jangkakan Presiden dapat terus menjalankan tugasnya tanpa gangguan semasa dalam pemulihan dan saya akan terus memaklumkan perkembangan semasa”.

Garis panduan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) menasihatkan bahawa mereka yang telah berhubungan rapat dengan pesakit COVID-19, perlu dikuarantin 14 hari kerana tempoh inkubasi untuk virus PKC (Parti Komunis China) mencecah dua minggu.

Berita itu muncul tidak lama selepas pembantu White House, Hope Hicks disahkan positif lalu menyebabkan Trump dan isterinya dikuarantin.

Presiden AS tersebut ketika ditemubual oleh Fox News’s memberitahu bahawa beliau dan Melani telah menjalani ujian saringan COVID-19 ekoran kedua mereka banyak menghabiskan masa bersama Hope.

“Adalah sukar apabila ramai pegawai daripada tentera hinggalah penguatkuasa undang-undang datang mengunjungi lalu ingin memeluk”, ujar Trump.

MANDEL NGAN/AFP via Getty Images

Hope dikhabarkan memakai memakai pelitup muka apabila terlibat sama dengan urusan Trump. “Dia sentiasa memakai pelitup muka tapi dia diuji positif”, tambah beliau.

Seorang pegawai White House mengatakan kepada CBS News pada 1 Oktober, “Pengesanan kontak rapat telah dilakukan. Pemberitahuan dan cadangan yang sesuai telah pun dibuat”.

Trump telah membatalkan rancangan untuk menghadiri acara kutipan dana dan pergi ke Florida untuk terlibat dalam perhimpunan pada 2 Oktober.

Namun beliau tetap mengikut jadual panggilan telefon tengah hari yang telah direncanakan sebelumnya mengenai “Sokongan COVID-19 kepada warga tua yang rentan”.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular