Fon telinga (earphone) dan juga fon kepala (headphone) sudah lama digunakan oleh masyarakat dunia.

Ianya mula digunakan sejak awal penggunaan radio lagi dan kemudian secara beransur-ansur dibangunkan selari dengan meningkatnya tahap teknologi semasa.

Ianya menjadi alat yang berguna ekoran memberikan audio pada individu tanpa diganggu oleh bunyi atau gangguan daripada persekitaran.

Foto hiasan/Pixabay

Namun penggunaan terlalu lama berupaya merisikokan pengguna, di mana pengguna berhadapan dengan kerosakan deria pendengaran.

Keadaan itu tidaklah berlaku dalam masa yang singkat, kesannya berlaku secara perlahan-lahan dan tidak menyakitkan namun ianya bersifat kekal. Malangnya ia tidak boleh diubati.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Menurut perkongsian daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), apa yang kita boleh lakukan sebagai pengguna adalah dengan :

  • Meminimumkan penggunaan peralatan berkenaan
  • Elakkan penggunaan ‘earbud’ – jenis fon telinga yang disumbat ke dalam rongga telinga
  • Pastikan tahap bunyi pada telefon anda tidak melebihi tahap setengah
  • Tetapkan setiap penggunaan fon telinga ataupun fon kepala itu tidak lebih daripada 90 minit sahaja
  • Beri masa untuk telinga ‘berehat’ dan membaiki kerosakan

Ini kerana telinga memerlukan masa sekurang-kurangnya 16 jam untuk memperbaiki kerosakan yang berpunca daripada bunyi yang kuat sepanjang malam.

Ia memang meupakan alat yang memudahkan urusan harian namun semuanya perlukan kawalan. Kawal penggunaannya sekarang bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular