Permulaan Oktober yang kurang baik apabila kes positif COVID-19 setakat 1 Oktober mencatatkan jumlah 260 kes, iaitu jumlah kedua tertinggi yang dicatatkan sepanjang ini.

Dan pada hari yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan sempat memberi respon kepada seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan polisi tentang individu yang pulang daripada luar negara dan kawasan zon merah.

Menurut KKM, individu yang pulang dari Sabah dan diuji negatif serta tidak menunjukkan sebarang gejala dilihat tidak perlu dikuarantinkan. Ini jelas menimbulkan tanda tanya netizen apabila ia melibatkan individu yang pulang daripada luar negara dengan virus yang berbeza.

Dr Noor Hisham menjawab, “Semua individu yang pulang dari Kedah perlu dikuarantin walaupun kawasan zon merah hanya di Kota Star dan walaupun hasil ujian positif? Nampaknya seperti kembali semula kepada PKP”.

Seorang pengguna lain kemudian membalas tweet tersebut dengan mencadangkan agar perjalanan rentas negeri perlu dihentikan untuk sementara.

Dr Noor Hisham kemudian menjawab, “Bagaimana jika (kita) kembali duduk di rumah semula?”.

Ia ternyata mencuri perhatian warga Twitter sehinggakan ia telah di‘retweet’ lebih 65,000 kali. Jawapan daripada beliau ternyata menimbulkan spekulasi tentang ura-ura adakah PKP bakal dilaksanakan lagi?

Segelintir beranggapan bahawa pelaksanaan PKP sekali lagi adalah perlu untuk memutuskan jangkitan COVID-19 namun timbul pula kebimbangan terhadap kesannya pada ekonomi.

Apa pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen..

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular