Pada zaman serba moden ini, manusia lebih cenderung untuk menggunakan kemudahan teknologi dan peralatan yang canggih untuk memudahkan sesuatu pekerjaan.

Dalam bidang pertanian misalnya, para petani mahupun peladang akan menggunakan jentera untuk melakukan aktiviti membajak, menuai hasil tanaman dan sebagainya.

Berbeza dengan masyarakat zaman dahulu yang bergantung sepenuhnya kepada keringat dan juga bantuan haiwan ternakan seperti kerbau atau lembu.

Kita mungkin biasa melihat manusia menjadikan kedua-dua spesies haiwan yang disebutkan di atas untuk meringankan tulang, tetapi apa pula pandangan anda jika segerombolan itik dijadikan sebagai ‘jentera’ untuk aktiviti pertanian?

Facebook

Menerusi video berdurasi 1 minit 57 saat yang dikongsikan di Facebook Yahoo News Australia ini, kelihatan sekumpulan tentera yang terdiri daripada kalangan itik telah dikerahkan untuk satu tujuan iaitu membersihkan bendang padi. Video yang dirakamkan di Nakhon Pathom, Thailand ini menunjukkan aksi 10,000 ekor itik yang dilepaskan untuk menyelesaikan satu misi!

Facebook

Misi berkenaan adalah untuk ‘membersihkan’ kawasan bendang padi daripada serangga dan haiwan perosak. Aktiviti ini telah diamalkan oleh masyarakat sejak turun-temurun bertujuan untuk mengurangkan penggunaan racun perosak yang mengandungi bahan kimia. 

Facebook

Selain itu, fungsi itik-itik juga adalah ia membantu meratakan kawasan bendang sekali gus memudahkan lagi proses untuk membajak tanah. Proses ini dilakukan selama lima bulan di mana kesemua itik-itik ini dibiarkan hidup bebas di kawasan bendang sebelum kembali semula hidup di ladang selama tiga tahun untuk proses bertelur.

Facebook

Facebook

Lihatlah bagaimana kesemua itik ini begitu patuh pada arahan. Kesemuanya seolah-olah tahu tugas dan misi mereka telah selesai dan kini tibalah masanya untuk masuk semula ke kandang.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah menular ke seluruh Internet dan meraih 42,227 perkongsian dengan 3.4 juta tontonan!

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular