Semua sedia maklum, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di negara jiran, Singapura. Mereka menjalani kehidupan yang sukar ekoran terpaksa berpisah dengan ahli keluarga masing-masing demi mencari rezeki.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, ramai rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura dan hanya dapat melihat serta berkomunikasi dengan orang tersayang melalui panggilan telefon dan video.

Setalah mendengar aduan kepiluan dan kerinduan segelintir ibu bapa terhadap anak kecil mereka yang terpaksa dilalui setiap hari dan ia telah berlarutan selama 6 bulan, seorang ahli politik dari Johor, Liow Cai Tung mengusahakan satu pertemuan semula anak-anak ini dengan ibu bapa mereka di Singapura.

Liow Cai Tung/Facebook

Beliau telah berusaha sedaya upaya sehingga berjaya menyatukan sembilan anak dari Malaysia dengan ibu bapa mereka yang bekerja di Singapura. Sudah tentu apa yang berlaku seterusnya adalah linangan air mata meruntun jiwa.

Liow Cai Tung/Facebook

Sembilan orang kanak-kanak, dengan yang paling muda berusia enam bulan dan yang paling tua berusia empat tahun, telah diberi kebenaran khas dari Jabatan Imigresen Malaysia dan Singapura untuk berangkat ke Singapura bagi membolehkan anak-anak ini bersatu semula dengan ibu bapa mereka pada 26 September. Anak-anak ini berasal dari Perak, Pahang, Selangor dan Johor.

Liow Cai Tung/Facebook

Liow turut menceritakan kisah yang melibatkan seorang bayi berusia enam bulan.

Tiga hari selepas kelahiran bayi ini, bapanya terpaksa kembali bekerja di Singapura. Ibunya turut mengikuti suami ke Singapura setelah bayinya berusia sebulan. Bayi tersebut telah dijaga oleh  mak cik, datuk dan neneknya, dengan mereka membuat rancangan untuk kembali ke Malaysia pada setiap hujung minggu. 

Liow Cai Tung/Facebook

Sebaik sahaja pelaksanaan PKP bermula, rancangan itu telah tergendala dan mereka hanya mampu melihat bayi mereka membesar dan melepas rindu sepanjang masa 6 bulan itu melalui panggilan video.

Usaha Liow menerima pujian netizen kerana beliau telah berjaya membantu menyatukan keluarga ini tepat pada masanya menjelang Perayaan Musim Luruh tidak lama lagi. 

Liow Cai Tung/Facebook

Kesemua keluarga yang terlibat mengucapkan jutaan berterima kasih kepada Liow dengan menghantar swafoto keluarga yang comel!

Liow Cai Tung/Facebook

Semoga semua keluarga yang terlibat terus bertabah mengharungi segala dugaan dan cabaran akibat pandemik yang sedang melanda dunia kini, dan kita semua memahaminya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular