ANTARTIKA – Penemuan dua rangka manusia bersaiz kecil di Pergunungan Whitmore, Antartika dipercayai berusia 600 juta tahun telah mengejutkan ramai pihak. Penemuan ini merupakan satu misteri kerana ia membuktikan bahawa manusia telah wujud sebelum kewujudan dinosaur lagi.

aceflashman

Berdasarkan kajian selama bertahun-tahun, ramai pakar telah berjaya menemui lambakan tulang rangka atau fosil manusia di serata dunia. Namun, penemuan terbaru ini telah menimbulkan satu sejarah baru yang membuktikan kewujudan makhluk kecil ini.

aceflashman

Menurut laporan akhbar Dat Viet, kerangka manusia bersaiz kecil ini telah ditemui di sebuah kawasan yang tidak boleh didiami di Antartika disebabkan oleh keadaan suhunya yang terlalu rendah. Lebih membingungkan lagi tentang kewujudan fosil manusia kecil ini adalah ia dipercayai wujud sejak 600 juta yang lalu iaitu sebelum kewujudan dinosaur.

Freaklore

Daripada kesemua penemuan kerangka manusia yang ditemui sebelum ini, penemuan dua rangka kecil itu didapati adalah yang tertua. Menurut kajian pakar, bentuk tulang pada fosil ini juga jelas menunjukkan ia adalah manusia dewasa dan bukannya bayi.

Freaklore

Penemuan yang penuh misteri ini juga secara keseluruhan menyangkal teori evolusi Darwin yang berpendapat orang kerdil adalah makhluk ghaib yang hanya boleh ditemui dalam cerita dongeng.

Selain daripada penemuan manusia kerdil di Pergunungan Whitmore, terdapat juga beberapa penemuan manusia kecil lain di seluruh dunia.

Di Makhunik wilayah Kerman, Iran pula terdapat satu mumia kecil setinggi 25 sentimeter telah ditemui pada tahun 2005. Penyeludup bercadang untuk menjual fosil tersebut kepada Jerman dengan harga mencecah RM90 juta!

BusinessInsider

Bagaimanapun, penyeludup berkenaan berjaya ditangkap manakala fosil tersebut pula dibawa ke Jabatan Warisan Budaya Wilayah Kerman untuk kajian lanjut. Hasil kajian ke atas mumia berkenaan mendapati mumia itu adalah seorang dewasa yang berusia 17 tahun!

Pada tahun 2003, seorang lelaki dikenali sebagai Oscar Munoz telah menemui kerangka mumia kecil bersaiz 13 sentimeter di sebuah kota lama di Gurun Atacama, Chile.

Rangka tersebut telah dibawa ke makmal Universiti Stanford bagi menjalani ujikaji dan hasil penyelidikan mendapati mumia kecil ini bukan janin bayi dan merupakan fosil manusia sebenar yang memiliki bentuk fizikal sedikit aneh.

BusinessInsider

Pada tahun 1932 pula, Cecil Main dan Frank Carr telah menemui satu fosil manusia kecil ketika sedang menggali emas di Pergunungan San Pedro, Wyoming, Amerika Syarikat.

DocumentingReality

DocumentingReality

Fosil ini dikatakan mempunyai ketinggian 16.5 sentimeter ketika berada dalam posisi duduk manakala jika berdiri dianggarkan setinggi 35.5 sentimeter.

Fosil ini turut dikatakan memiliki raut wajah seperti lelaki tua yang berkepala rata, memiliki mata yang besar dan mulut yang lebar.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular