Aktiviti berkebun lazimnya hanya melibatkan golongan berusia dan jarang anak muda mahu berkecimpung dalam bidang itu, bukan?

Namun tidak bagi gadis yang dikenali sebagai Nuraishah Shamsuddin ini, di mana dia merupakan seorang pengusaha tanaman organik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nuraishah Shamsuddin (@nuraishahshamsuddin) on

Nuraishah banyak berkongsi kehidupannya dengan bercucuk tanam dan berkebun di laman Instagram miliknya.

Sudah pasti graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu memberi inspirasi kepada orang ramai terutamanya golongan muda. Jangan ingat anak muda tidak boleh berkebun ya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nuraishah Shamsuddin (@nuraishahshamsuddin) on

Dedah Nuraishah, kehidupannya itu sebagai pekebun secara asasnya terbahagi kepada dua aspek iaitu teori dan praktikal.

Secara teori, gadis tersebut menghabiskan masa di malam hari dengan membaca perihal tanaman yang mungkin boleh dipraktikkannya.

Secara praktikalnya pula, ia meliputi kerja menyemai, menjaga dan memangkas tanaman yang diusahakannya itu.

Jika anda intai laman Instagram Nuraishah, kesemua pokok yang ditanamnya itu segar-segar belaka..

 

View this post on Instagram

 

3 hari tak ke kebun. Hasil tangkapan hari ni. #kebunurai #everythingorganic

A post shared by Nuraishah Shamsuddin (@nuraishahshamsuddin) on

Lebih membanggakan lagi apabila gadis itu menjelaskan bahawa tujuan utama aktiviti kebun itu bukanlah untuk mengejar keuntungan semata-mata.

Malah ia sebenarnya lebih kepada mahu mendidik masyarakat terutamanya golongan luar bandar untuk hidup secara lestari – menanam tanaman organik serta memelihara persekitaran.

 

View this post on Instagram

 

Kacang buncis mangkuk tandas dah semakin meriah. Pokok kacang bergayut senang hidup, berbuah dan jaga baik buncis, panjang, ketupat mahupun botol. Untuk pastikan pokok sihat, asas tanahnya kena bagus – pengaliran air baik, cukup nutrisi. Bila tanah baik, pokok pun akan tumbuh dengan sihat – punya antibodi yg kuat untuk melawan penyakit seperti serangan kulat. Untuk serangan serangga perosak pula harus diperhatikan dari peringkat awal dan buat pencegahan awal seperti sembur dengan semburan organik berkali-kali sehingga habis keseluruhan benih serangga perosak. Sama seperti manusia, apa yg kita makan, itu yg terzahir pada luaran. Yg pasti, semuanya organik dan bebas dari racun kimia. P/s: mangkuk tandas tersebut bebas dari najis manusia #kebunurai #kebunuraikacangbuncis

A post shared by Nuraishah Shamsuddin (@nuraishahshamsuddin) on

“Kita perlu bina ekosistem yang lebih baik untuk diri sendiri dan persekitaran, menghasilkan lebih ramai lagi pekebun dengan harapan ianya akan memanfaatkan anak cucu kita di masa akan datang”.

Hebat bukan? Jom sama-sama kita mulakan aktiviti berkebun hari ini..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular