Kadang-kadang, kita mungkin membuat kesilapan ketika membeli produk yang bukan dari pengedar atau pengilang yang sah. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan, pembelian dalam talian itu sendiri boleh mengeliru dan memperdayakan.

Malangnya, seorang pembeli dalam talian dari Filipina ini telah ‘terkena’ sambil mendapat kejutan seketika apabila dia menerima pakaian dalam ‘Calvni Kelin’ dan bukannya tawaran sebenar yang didambakan iaitu jenama terkenal, Calvin Klein.

Sudah tentu kita pernah meninjau untuk membeli barangan ‘branded’ palsu dari gerai pasar malam atau seperti di Petaling Street yang menjual pakaian baru pelbagai jenama terkenal yang bukan original. Dan ya sudah tentu seluar dalam ‘Calvni Kelin’ mungkin termasuk dalam kategori itu.

Menerusi laman Facebooknya, lelaki ini meluahkan rasa amat tidak puas hati itu kerana dia telah membayar harga seluar dalam yang mahal tetapi tidak mendapat produk seperti yang diharapkan, lalu telah menghantar beberapa pesanan kepada penjual dalam talian itu, Lazada.

Malangnya, pihak mereka telah menolak permintaan lelaki itu yang meminta wangnya dikembalikan atau penggantian produk jenama asal.

Di halaman butiran pengembalian wang yang dimuat naik oleh lelaki ini, produk tersebut dapat dilihat sebagai seluar dalam jenama terkenal Calvin Klein.

Namun, produk yang diterimanya melalui pos mempunyai kesalahan taip yang cukup jelas dan Calvin Klein tidak akan pernah dieja seperti itu, yang mana pereka fesyen Encik Calvin Klein sendiri pasti naik angin apabila melihat kesalahan ‘typo’ Calvni Kelin yang banyak di atas seluar dalam rekaannya.

Sudah tentu, produk tiruan Calvni Kelin bukan seperti yang dipesan lelaki ini. Oleh itu, dia menggunakan fungsi pesanan dalam aplikasi Lazada untuk membuat aduan kepada penjual mengenai produk tiruan ini kerana ia menyalahi undang-undang hak cipta dan pengguna.

Walau bagaimanapun, penjual mengatakan bahawa produk tersebut adalah produk yang disenaraikan di Lazada yang mana cuma ia di bawah model yang berbeza.

Lelaki ini kemudian memahami bahawa penjual mungkin tidak memahami Bahasa Inggeris dengan baik dan oleh itu dia mungkin tidak menyedari bahawa produk itu adalah tiruan dan menciplak jenama.

Apa yang lebih mengejutkan, penjual mengakui bahawa mereka telah menjual produk tiruan, tetapi masih mempertahankan dakwaan itu untuk menolak pemberian pembayaran balik.

Seorang pengguna Facebook memberitahu lelaki tertipu ini bahawa produk yang diterimanya amat jelas adalah tiruan, kerana mereka telah melihatnya di jualan pasar malam.

Seorang netizen yang lain menyatakan bahawa dia juga turut pernah terpedaya ketika membeli vakum pembersih melalui penjual dalam talian dari Lazada.

Pengajaran dari kisah ini adalah apabila pengguna bersetuju membeli barangan dalam talian boleh menjadi urusan perniagaan yang berisiko. Namun, kebanyakan masalah dapat diselesaikan dengan menghubungi penjual dalam talian yang sah dan sahih serta mendapat ulasan yang baik daripada kalangan pengguna.

Pastikan peniaga dalam talian disahkan dengan teliti sebelum anda mengesahkan pembelian, atau anda mungkin akan menerima barangan tiruan berjenama palsu, atau produk yang salah sama sekali.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES INSPIRASI Ria

Video Popular