Malang itu tidak berbau, dan kita perlu sentiasa berhati-hati ketika berada di mana sahaja terutama ketika sedang mengisi petrol di stesen minyak dengan memastikan enjin kereta dimatikan dan menyimpan kunci di dalam poket.

Rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak di Mentakab ini menjadi tular menunjukkan seorang lelaki dengan selambanya menyamun sebuah kereta milik seorang pelajar wanita berusia 20 tahun ketika dia sedang mengisi minyak tanpa mematikan enjin.

Facebook

Akibatnya, mangsa yang menyedari keretanya sedang disamun telah cuba mengejar suspek dan dia diheret beberapa meter menyebabkannya mengalami kecederaan kecil.

Kejadian pada jam 8.00 pagi 28 September itu telah dilaporkan mangsa, dan pihak polis kemudian menjalankan siasatan segera di tempat kejadian dengan meneliti rakaman CCTV stesen minyak berkenaan. Mungkin suspek tidak menyedari pergerakannya sedang diperhatikan dan kereta berwarna kuning itu amat menyerlah warnanya.

Facebook

Hasil siasatan segera dengan bantuan polis negeri lain, pihak polis telah berjaya mengesan kereta Toyota berwarna kuning yang dicuri ini dan menahan suspek di Subang Jaya pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman dalam kenyataan kepada Berita Harian mengesahkan suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor, pada jam 1 petang.

Facebook

Menurutnya, polis berjaya mengenal pasti identiti suspek dan meminta bantuan balai polis lain untuk membantu mengesannya. Suspek berkenaan didapati memiliki rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

Mohd Yusri menambah, suspek dibawa ke IPD Temerloh untuk siasatan lanjut menurut Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri kenderaan motor.

Facebook

Sementara itu, Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran mereka setiap kali berurusan di stesen minyak bagi mengelak insiden tidak diingini daripada berlaku. 

Yang rata-rata dipersetujui para netizen.

Facebook

Pengguna diingatkan supaya mematikan enjin kenderaan apabila mengisi minyak dan mengunci kereta bagi tujuan keselamatan.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular