Kebiasannya, para pencinta haiwan seperti kucing dan anjing misalnya tidak boleh melihat haiwan-haiwan itu terbiar kelaparan.

Ramai yang sanggup ke kedai untuk membeli makanan mereka untuk diagihkan pada mana-mana kucing atau anjing yang mereka nampak. Murni sungguh hati anda semua!

Jika anda berasa mahu melakukan tindakan murni itu dengan lebih mudah, mungkin anda boleh cuba membuat tempat memberi makanan kucing – cat feeder atau food dispenser ini.

Antara peralatan yang anda perlukan adalah :

  • Dua biji botol air mineral bersaiz 10 liter
  • Cable tie
  • Gam

Cara untuk membuatnya pula :

Pertama, tebuk pada bahagian bawah (anggaran 5 sentimer panjang dan 3 sentimeter lebar) botol air mineral tersebut bagi membolehkan makanan turun.

Kedua, potong botol kedua untuk menakung makanan. Potong lebih kurang 4-5 sentimeter tinggi daripada bawah botol.

Kemudian potong sedikit pada bahagian yang kita mahu sambung pada botol yang digunakan untuk mengisi makanan.

Sambungkan kedua-duanya menggunakan cable tie atau jika mahu lebih kemas, gunakan gam. Siap!

Cukup mudah. Daripada anda buang sahaja botol air mineral itu, lebih baik ia digunakan untuk tujuan ini. Bolehlah diletakkan di mana-mana kawasan yang terdapat banyak kucing.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular