KUALA LUMPUR – Dalam pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September lalu telah mengumumkan inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (Kita Prihatin) yang berjumlah RM10 bilion dalam usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Facebook

Salah satu bantuan yang diumumkan adalah GKP 2.0 (Geran Khas Prihatin 2.0) yang bertujuan untuk membantu pemilik PKS (Perusahaan kecil dan sederhana). GKP 2.0 merupakan bantuan kewangan yang diberikan secara sekaligus (one-off) sebanyak RM3,000 kepada pemilik perniagaan yang berkelayakan.

Bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan perniagaan mereka di samping untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

GKP akan dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar atau memegang lesen berniaga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga 31 Ogos lalu.

Syarat kelayakan untuk penerima bantuan :

a. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan

b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.

d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Untuk memohon GKP 2.0, anda mesti mengemukakan permohonan dalam talian melalui Portal GKP rasmi di sini kerana permohonan manual tidak akan diterima. Permohonan akan dibuka mulai 1 Oktober dan akan berakhir pada 31 Oktober 2020. Bagi yang memohon, anda boleh menyemak status permohonan bermula pada 15 November 2020.

Sekiranya permohonan anda berjaya, pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda mulai 25 November 2020.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular