Apabila banjir kilat berlaku ramai yang mula menuding jari kepada pihak berkuasa. Ada yang mengatakan mereka gagal menyediakan sistem perparitan yang baik.

Hakikatnya, tidak semua kesalahan patut diletakkan di bahu mereka kerana kita sebagai orang awam juga bertanggungjawab dalam memastikan sistem saluran dan perparitan tidak tersumbat dan air dapat mengalir lancar.

Namun begitu, ada segelintir antara kita yang sangat mementingkan diri sendiri. Mereka bukan sahaja membuang sampah merata-rata malah mereka juga membuang barang-barang yang tidak sepatutnya di tempat yang betul.

Akibat daripada sikap buruk itu akan berlakunya pencemaran dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya gangguan pada sistem perparitan. Misalnya seperti yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalankan kegiatan membersihkan longkang dan parit sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh yang bakal tiba. Namun, sesuatu yang sangat mengecewakan berlaku apabila mereka mendapati ramai yang tidak membuang sampah di tempat yang disediakan dengan betul.

Facebook

Facebook

Facebook

Percaya atau tidak mereka bukan sahaja menemukan longgokkan botol plastik malah mereka juga terjumpa sebuah tilam yang dibuang ke dalam longkang!

Beberapa gambar yang disiarkan di laman Facebook, Penang Kini menunjukkan sebuah tilam lama tergulung dan diikat berada di dalam longkang bersama longgokan  sampah lain berserta botol-botol plastik.

Facebook

Facebook

Keadaan seperti ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah akan menyebabkan sistem saluran terganggu dan sekiranya hujan lebat berlaku tidak mustahil kawasan tersebut akan mengalami banjir.

Situasi seperti ini membuktikan masih ada antara kita yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri. Akibatnya lebih ramai yang akan menerima kesan buruk kelak. Sudah tiba masanya untuk kita semua berubah dan bersama-sama dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular