GEORGETOWN – Satu bom lama yang berasap telah dijumpai di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Fort Cornwallis pada 26 September lalu.

Bom lama tersebut ditemui ketika kerja-kerja mengorek untuk mengukuhkan tebing laut dilakukan.

Sehubungan dengan itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dihubungi.

JPBM/Berita Harian

Anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai kemudian dikejarkan ke lokasi sejurus sahaja menerima panggilan.

“Ketika tiba di lokasi, didapati seperti bom lama sepanjang 0.3 meter berada dalam tanah ditemui ketika kerja-kerja mengorek itu dilakukan”.

JPBM/Harian Metro

Menurut anggota bomba, kesan asap itu dikesan oleh pekerja di kawasan itu sehari sebelum perkara itu dilaporkan.

Pihak bomba juga difahamkan sedang melakukan pemantauan dan bersedia di lokasi, dibantu oleh Unit Pemusnah Bom pasukan polis.

Kawasan terbabit giat menjalankan projek mengukuh dan menaik taraf tembok laut oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama Georgetown Conservation and Development Corporation (GTCDC).

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular