Ada orang kata, kalau anda hulur atau beri apa sahaja barang kepada mereka yang sedang sibuk berbual dalam telefon atau asyik membelek telefon pintar, pasti dia akan ambil sahaja barang itu tanpa bertanya apa-apa pun, sebelum hanya tersedar dengan muka keliru kemudian.

Persoalannya betulkah mereka akan memberi tindak balas yang seperti itu? 

@fasvii/Twitter

Dalam rakaman video yang dimuat naik netizen @fasvii di Twitter, seorang wanita telah melakukan ‘prank’ dengan memberi barangan secara rawak kepada rakan sekerjanya semasa mereka sedang berada dalam talian dengan telefon pintar masing-masing.

Agak melucukan melihat tindak balas mereka, tidak kiralah barang apa pun yang dihulur, semuanya mereka sapu sahaja.

Baik botol air mineral.

@fasvii/Twitter

Lampu pelangi ‘rainbow’.

@fasvii/Twitter

Pasu bunga segar dengan bunga sudah layu…

@fasvii/Twitter

Mainan patung lembut comel.

@fasvii/Twitter

Mahupun pemutar skru, semua mereka bantai balun sahaja mengambilnya tanpa mempersoalkan apa-apa sebelum tersedar dengan muka yang keliru tidak lama kemudian…

@fasvii/Twitter

Perkongsian yang menghiburkan hati para netizen.

@fasvii/Twitter

Cubalah anda buat sendiri ‘prank’ ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang sedang sibuk atau tersangat asyik dengan telefon pintar mereka.

Kalau dapat hulur ular, lipas, labah-labah tarantula, lipan atau tikus plastik lagi bagus. Tetapi pastikan mereka sedang bersantai dalam talian, bukan urusan rasmi ya…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular