PETALING JAYA – Baru-baru ini tular sebuah video kemalangan yang melibatkan seorang pemandu kereta dan seorang penghantar makanan GrabFood. Video tersebut telah tersebar luar khususnya di media sosial sehingga mengundang reaksi orang ramai.

Siasatan awal mendapati bahawa kejadian tersebut telah berlaku di Jalan Lapangan Terbang Subang menuju ke Sungai Buloh pada pukul 12:34 pagi, Selasa lalu.

Menurut Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengatakan bahawa mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 23 tahun telah membuat laporan mengenai kejadian itu.

Twitter

Twitter

Twitter

“Berdasarkan video yang tular di media sosial, kemalangan berpunca apabila kereta tersebut mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar belakang motosikal mangsa yang berada di lorong kiri.”

Hal ini telah menyebabkan mangsa telah terjatuh daripada motosikalnya manakala pemandu kereta itu telah meninggalkan lokasi kejadian.

@AfiezyAzaman/Twitter

Tambah Nik Ezanee lagi, mangsa juga mengalami beberapa kecederaan di anggota badannya. Motosikalnya juga mengalami kerosakan.

Sehingga kini, pihak berkuasa giat menjalankan usaha untuk mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta datang ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Saidatul Asma Arrifin di talian 018-9765949 / 03-79662222.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular