Kebelakangan ini, fon telinga (earphone) tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai ‘airpod’ sudah menjadi produk yang semakin popular dalam kalangan masyarakat dunia.

Ini berikutan reka bentuknya mempromosikan kemudahan dan kesederhanaan yang menjadikan ianya ciri fon telinga yang sangat diminati.

Pexel | Wendy Wei

Trend penggunaannya yang kian meningkat sudah pasti membuatkan ramai di antara kita yang mahu memilikinya juga bukan?

Terdapat jenama fon telinga tanpa wayar ini di pasaran dan kita hanya perlu pilih sahaja namun jangan pula tersalah beli seperti individu ini ya.

Seorang wanita dipercayai telah membeli fon telinga tanpa wayar menerusi platform beli belah atas talian.

Berharga RM39.90, pembeli itu langsung tidak menyangka fon telinga yang dilihatnya di platform beli belah dalam talian itu bersaiz lebih besar daripada yang sepatutnya!

Macam mana agaknya mahu masukkan ke telinga ya? Namun difahamkan sebenarnya produk yang sampai ke wanita itu adalah pembesar suara (speaker).

Lucu benar! Macam pengering rambut ada ataupun seperti pemegang pancuran mandi (hand shower), bukan?

Oleh yang demikian, hati-hatilah jika anda mahu membeli produk sebegini di platform beli belah. Beli hanya di kedai rasmi sahaja untuk mengelakkan penipuan ya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular