Buat golongan pemancing di luar sana, sudah pasti anda semua mengharapkan hasil ikan pada ketika itu bukan?

Namun lain pula halnya yang berlaku pada dua orang pemancing bernama Jason Frost dan Brandon Key yang memancing di Warrior River, Alabama ini.

Bukan ikan sebaliknya pada ketika itu, terdapat dua ekor anak kucing yang berenang di dalam sungai lalu datang menghampiri bot mereka.

The Epoch Times/Facebook

Pada mulanya, mereka lihat seekor sahaja anak kucing yang berenang di dalam air lalu menghampiri bot mereka.

Namun salah seorang daripada mereka kemudiannya mengatakan bahawa terdapat lagi seekor anak kucing yang terjun ke dalam sungai daripada tebing di seberang.

“Kami sedang duduk di dalam bot, memancing sebelum mendengar bunyi percikan air”, cerita Jason.

The Epoch Times/Facebook

“Saya fikir ikan yang melompat keluar daripada permukaan air. Apabila pusing, saya ternampak sesuatu berenang di dalam air. Kemudian kami mendengar meow”.

Kejadian itu sempat dirakamkan oleh salah seorang daripada mereka. Anda boleh saksikan video di bawah :

“Tidak pernah saya saksikan kejadian ini seumur hidup saya. Tidak siapa yang tahu kucing boleh berenang”, kata seorang daripada mereka.

Di dalam video, kita dapat saksikan Jason kemudian menarik mereka naik ke atas bot dan dia mengesyaki bahawa terdapat individu yang membuang mereka di kawasan itu.

The Epoch Times/Facebook

“Tiada rumah yang berdekatan di kawasan itu. Anak kucing berkenaan sangat terdesak untuk menyelamatkan diri sehingga sanggup terjun lalu berenang di dalam sungai”.

Kedua-dua anak kucing itu kemudian diberi nama Warrior dan River dan kini telah dibela oleh sebuah keluarga. Terima kasih Jason dan Brandon!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular