Rata-rata ibu bapa di Malaysia pasti mempunyai ‘walker’ yang digunakan pada bayi mereka di rumah, di mana walker tersebut didakwa membantu bayi cepat berjalan.

Sejauh manakah kebenarannya? Menurt artikel Harvard Health Publishing, lebih 230,000 bayi berumur kurang 15 bulan telah dihantar ke hospital ekoran kecederaan semasa menggunakannya.

Foto hiasan/Pinterest

Selain mendatangkan kecederaan, ia juga cukup membahayakan nyawa seperti satu video yang dikongsikan oleh pengguna, @redzuanNewsMPB.

Video pendek itu jelas memperlihatkan walker yang digunakan bayi keluar daripada pintu rumah lalu menuruni bukit di luar kawasan rumahnya.

@redzuanNewsMPB/ Twitter

Insiden mencemaskan itu walau bagaimanapun disaksikan oleh seorang penunggang motosikal yang melalui jalan itu.

Tanpa berlengah, individu itu segera turun daripada motosikal dan memberhentikan walker tersebut daripada terus menuruni jalan.

Cukup merbahaya bukan? Anda boleh saksikan video penuh di bawah :

Jika anda fikir walker bayi mampu membantu bayi anda berjalan, ternyata anda silap. Ini kerana menurut pakar, walker sebenarnya tidak membantu langsung.

Bahkan ia melambatkan bayi anda berjalan akibat perkembangan otot yang tidak dirangsang. Jadi anda masih mahu menggunakannya lagi? Pilihan di tangan anda.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular