Seorang wanita berusia 40 tahun di Taiwan disahkan menghidap barah endometrium selepas didapati selalu memakan makanan panas yang dibungkus di dalam plastik akibat kekangan masa untuk memasak sendiri.

Menurut perkongsian Dr. Hong Yongxiang yang merupakan seorang pakar dari Jabatan Nefrologi, kes ini dikesan selepas wanita berkenaan datang berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selepas dirinya seringkali dijangkiti masalah jangkitan saluran kencing.

Gambar Hiasan/Unsplash

Walaupun wanita itu dikatakan sering meminum air dengan jumlah yang banyak dan tidak pernah menahan diri daripada membuang air kecil, masalah jangkitan itu tetap juga sering berlaku sehingga ujian dilaksanakan dan doktor mendapati bahawa wanita itu sebenarnya telah menghidap barah endometrium.

Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan membawa seorang anak perempuannya untuk bertemu dengan doktor pula selepas anak perempuannya yang baru bersekolah rendah didapati telah didatangi haid terlalu awal dan anak perempuannya itu juga seringkali mengalami masalah jangkitan.

Gambar Hiasan/Facebook

Masalah yang hampir serupa yang berlaku ini telah membuatkan para doktor di hospital berkenaan berasa bingung dan berusaha untuk mencari punca masalah ini.

Bagaimanapun, selepas ujian air kencing dilaksanakan kepada anak-beranak ini, pihak hospital mendapati bahawa nilai kepekatan air kencing mereka adalah 3 ke 5 lebih tinggi daripada nilai kepekatan normal, yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa kedua-dua anak beranak ini telah terdedah dengan bahan kimia di rumah mereka.

Selain daripada si ibu dan anak perempuannya, anak lelaki wanita yang sama juga dilaporkan mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan anak lelakinya tidak mempunyai peti suara yang mendalam dan bulu ari-ari walaupun anak lelakinya telah mencapai usia matang. 

Selepas menjalani soal siasat, pihak hospital mendapati bahawa masalah kesihatan dari keluarga ini rupa-rupanya datang daripada bahan kimia yang dibebaskan daripada plastik yang membungkus masakan panas yang dibeli oleh si ibu ketika pulang dari tempat kerja pada setiap hari.

Berikutan itu, Dr. Hong Yongxiang menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan penggunaan plastik terutamanya ketika makanan masih lagi panas, mengelakkan daripada menggunakan pembungkus makanan, mengawal pemakanan organ dalaman haiwan dan mengamalkan cara pemanasan makanan di atas dapur berbanding penggunaan ketuhar gelombang mikro.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular