Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung pada 26 September 2020 yang lalu dimeriahkan dengan kehadiran pengundi lain daripada yang lain, apabila pusat membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, Penampang dikejutkan dengan kehadiran seorang individu berpakaian kostum watak Power Rangers.

@Ijat_TuitTuit/Twitter

Kelibat individu berkenaan yang berkostum White Ranger berjaya mencuri perhatian ramai yang turut tular di beberapa platform laman sosial termasuk di aplikasi WhatsApp berdasarkan perkongsian oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

@Ijat_TuitTuit/Twitter

Sehingga jam 5 petang 26 September, seramai 739,083 pengundi atau 66.6 % telah keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab demi negara.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi memenangi 38 kerusi dalam PRN Sabah, sekaligus membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional Sabah dan ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-16 daripada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular