Media China pada September melaporkan bahawa majoriti daripada bunga lawang yang dijual di pasar borong tempatan di negara itu mempunyai kandungan sulfur dioksida sebanyak 16 kali lebih banyak daripada kandungan yang dibenarkan. 

Oriental Daily

Susulan itu, pihak berkuasa China terpaksa menyita sebanyak 141 tan bunga lawang di Nanning, Guangxi untuk pemeriksaan lanjut walaupun daerah ini adalah penyumbang utama kepada pengeluaran rempah ini.

Memetik laporan Beijing News, Pusat Logistik Rempah Semulajadi Nanning yang terlibat dalam pemeriksaan ini adalah antara pusat logistik rempah yang terbesar di Guangxi dengan pengeluaran harian sehingga 300 tan setiap hari.

Bagaimanapun, untuk memendekkan masa penyediaan bunga lawang dan mengurangkan kos pengeluaran, kebanyakan perniagaan tempatan memutuskan untuk menggunakan belerang bagi mempercepatkan proses pengeringan bunga lawang.

Gambar Hiasan/Unsplash

Disebabkan itu, bunga lawang yang dikeluarkan dari pusat ini dilaporkan mempunyai kadar kandungan sulfur yang tinggi sehingga didakwa boleh membahayakan kesihatan para pengguna.

Walau bagaimanapun, menurut Piawaian Keselamatan Makanan Nasional untuk Penggunaan Bahan Tambahan Makanan di China, penggunaan belerang bagi rempah bunga lawang dilaporkan adalah tidak dibenarkan walaupun terdapat beberapa bahan tambahan makanan lain yang dibenarkan.

Pengambilan sulfur dioksida yang berlebihan berupaya merosakkan saluran pencernaan dan pernafasan manusia, menyebabkan gejala mual dan muntah dan pengambilan dalam jangka masa panjang pula boleh menyebakan keracunan kronik.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular