PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa lima kluster di negara ini- Kluster Benteng LD, Kluster Sivagangga, Kluster Tawar, Kluster Sungai dan Kluster Bukit Tiram memiliki mutasi D614G.

Dr Noor Hisham berkata  virus yang terdapat dalam kluster-kluster ini adalah sama dengan virus yang dikesan di Kedah, dengan mutasi yang sama.

Gambar Hiasan/Facebook

Dr Noor Hisham dalam satu catatan terkini di laman Facebook rasminya berkata, keputusan itu diperoleh daripada makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini.

“IMR menjalankan ujian penjujukan genom ke atas 32 virus COVID-19 yang dikesan hasil ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 bagi Kluster Benteng LD (23 virus), Kluster PUI Sivagangga (4 virus), Kluster Tawar (3 virus), Kluster Sungai (1 virus) dan Kluster Bukit Tiram (1 virus).

“Seperti disyaki terdapat mutasi jenis D614G yang telah dikesan kepada kesemua 32 virus COVID-19 ini,” katanya.

Mutasi D614G pertama kali dikesan pada Kluster Sivagangga yang telah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’.

Kluster Benteng LD, yang berpusat di daerah Lahad Datu dan Tawau, kini merupakan kelompok yang paling aktif dan terbesar dengan 730 kes pada tengah hari Khamis (24 September).

Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai agar selalu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Amalkan penjarakan fizikal, jaga kebersihan diri dan sentiasa memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika bersembang pada jarak dekat. Bagi mereka yang bergejala, sila dapatkan bantuan kesihatan dengan segera.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular