Bagi seseorang yang berkhidmat dalam bidang perubatan, mereka pastinya akan bertemu dengan pelbagai macam pesakit dengan penyakit yang kadang-kala tidak masuk akal untuk difikirkan.

Begitulah yang dialami oleh Dr Hanafi Yahya, seorang pengasas Perkhidmatan Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE) pada 11 September lalu apabila beliau perlu melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan sehelai rambut pada tapak kaki kanan seorang pesakit kanak-kanak.

Twitter

Menurutnya, pesakitnya itu berusia lapan tahun dan dibawa bertemunya oleh kedua ibu bapanya selepas kanak-kanak itu mengadu sakit untuk berjalan bermula malam pertama keluarga itu berpindah ke rumah baharu.

“Selama dua minggu kanak-kanak itu mengadu sakit pada tapak kaki kanan menyebabkan ibu bapa kanak-kanak terbabit datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan,” kata Dr Hanafi.

Twitter

Tambah Dr Hanafi, beliau dimaklumkan bahawa rambut pada tapak kaki kanak-kanak itu cenderung untuk bergerak-gerak dan kejadian ini membuatkan Dr Hanafi berasa bingung memikirkan punca sehelai rambut yang boleh termasuk ke dalam kulit tapak kaki kanak-kanak itu.

Disebabkan itu, Dr Hanafi telah menjalankan pembedahan kecil yang mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan sehelai rambut sepanjang 1.5 sentimeter itu.

Twitter

“Inilah pengalaman pertama dan pelik saya hadapi sepanjang karier saya, terpaksa mengeluarkan sehelai rambut dalam tapak kaki manusia.

“Syukur selepas rambut itu dikeluarkan pada tapak kakinya, kanak-kanak terbabit sudah dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan normal kembali,” katanya lagi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI NASIONAL

Video Popular