Berikutan perintah berkurung yang dilaksanakan pada awal tahun ini, kebanyakan pelajar yang belajar jauh dari keluarga memutuskan untuk pulang ke rumah keluarga masing-masing sehinggalah tamat tempoh berkurung.

Dan seorang pelajar Universiti Nottingham Trent yang berusia 20 tahun, Oluwageorge Johnson, benar-benar belajar daripada kesilapan kecil yang dilakukannya.

Mercury Press

Kesilapan Johnson hanyalah kecil, iaitu dia terlupa untuk menutup tingkap ketika memutuskan untuk pulang ke rumah keluarganya sebelum perintah berkurung dilaksanakan.

Bagaimanapun, tanpa diduga, kesilapan kecilnya itu telah memberikan satu impak yang besar sehingga pihak pengurusan universitinya terpaksa menghubungi Johnson.

Selepas enam bulan meninggalkan rumah asrama di universiti, pihak pengurusan universiti terpaksa memanggil Johnson untuk pulang ke rumahnya itu untuk melihat bagaimana keadaan rumahnya kini yang telah dipenuhi oleh najis-najis burung.

Mercury Press

Mercury Press

Di semua tempat dan bahagian di rumah Johnson kini telah dipenuhi oleh najis burung. Malah, mereka juga menemui seekor anak burung yang baru menetas di rumahnya itu!

Ini memang tidak disangka-sangka!

Mercury Press

Menurut perkongsian laman Noodou.com, pengurus asrama Johnson pada mulanya selalu mendengar bunyi-bunyi yang aneh di rumah Johnson sebelum dia akhirnya memutuskan untuk memeriksa sendiri rumah itu.

Bagaimanapun, sebaik sahaja pintu rumah dibuka, pengurusnya berasa sangat terkejut apabila melihat keseluruhan rumah itu telah pun dipenuhi oleh najis burung.

Mercury Press

Nampaknya, insiden ini benar-benar akan memberi pengajaran besar kepada Johnson untuk sentiasa menutup tingkap sebelum keluar daripada rumahnya. Jika tidak, dia mungkin akan pulang ke rumah dengan kejutan yang tidak diundang!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular