Tidak sah kiranya lawatan anda ke pulau-pulau tanpa aktiviti snokerling, bukan? Ketika itulah anda akan dapat menyaksikan keindahan hidupan marin dengan mata anda sendiri.

Tetapi haruslah berpada-pada. Jangan jadi seperti kes ini, di mana pengendali snokerling ini dicari ekoran memberikan ‘servis’ yang tidak sepatutnya.

Operator snokerling di Pulau Perhentian, Terengganu ini dicari ekoran membawakan seekor penyu kepada pelanggan yang menggunakan khidmatnya.

“Puas hati sungguh dengan servis ….. Minta private bot pun dapat. Nak penyu pun dapat”, tulis seorang pengguna di laman Facebook dipercayai pelanggan pengendali snokerling itu.

Ia kemudian dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter, @sharifahsofia yang berasa agak geram dengan tindakan operator terbabit dan juga pelanggannya.

“Anda tidak seharusnya berbangga dengan tindakan sebegini..”, tulis Sofia di laman Twitternya.

Mana tidaknya, pelanggan tersebut mendedahkan bahawa dia meminta untuk bergambar dengan penyu lantas pengendali itu menyelam lalu membawakan penyu padanya.

@sharifahsofia/Twitter

Walhal kita sedia maklum bahawa sesiapa pun tidak dibenarkan memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu dan telur penyu mengikut Akta Perikanan 1985.

Perkara tersebut ternyata mengundang amarah orang ramai akan tindakan kurang bijak kedua-dua individu terbabit.

Betul, kita sepatutnya melindungi penyu bukan menyakiti!

@sharifahsofia/Twitter

Seorang pengguna turut memberikan cadangan

@sharifahsofia/Twitter

Pengguna ini pula mahukan aktiviti snokerling diharamkan sahaja bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku

@sharifahsofia/Twitter

Agak menyedihkan apabila rata-rata pengguna lain turut berkongsi bahawa keadaan ini adalah ‘biasa’ dan kerap dilakukan di Pulau Perhentian.

Sebagai individu yang beretikam jangan sesekali mengganggu, menangkap atau menahan penyu untuk bergambar dengannya.

Biarkan penyu bebas bergerak. Anda hanya dibenarkan mengambil foto atau video dengan jarak 1 meter sahaja ya!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular