Apa sahaja yang kucing tidak boleh lakukan? Kucing sememangnya haiwan yang hebat, seperti kucing bernama Hei Hei ini.

Kucing comel dan gendut berwarna hitam ini sebenarnya ‘bertugas’ sebagai Ketua Penyambut Tetamu di stesen minyak Shell yang terletak di Petaling Jaya.

Tetapi jangan pula anda harapkan Hei Hei mengisi minyak untuk anda di pam minyak ya. Ini kerana Hei Hei agak ‘sibuk’ bermalas-malasan sahaja di tempat kerja.

Pemilik Hei Hei yang hanya mahu dikenali sebagai Lee mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah hampir setahun menjaga Hei Hei.

Pertama kali Lee melihat Hei Hei, kucing berkenaan sememangnya berkeliaran di stesen minyak tersebut sekitar bulan Oktober 2019. Hei Hei juga kelihatan tidak bermaya.

Oleh itu, Lee memutuskan untuk membawa Hei Hei berjumpa dengan doktor veterinar dan setelah itu, Hei Hei jelas makin sihat.

Pada 15 Mac, Hei Hei ‘dinaikkan pangkat’ menjadi Ketua Penyambut Tetamu selepas satu lawatan daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani atau lebih dikenali sebagai Pakcik Shell.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell) on

Secara tidak langsung kehidupan Hei Hei mula berubah memandangkan kucing bertuah itu berjaya memiliki karier yang stabil serta dijaga dengan baik oleh Lee.

Tambah Lee, dia turut menjaga beberapa ekor kucing terbiar di stesen minyak berkenaan untuk tempoh lebih setahun.

Maknanya, Hei Hei tidaklah bersendirian kerana turut mempunyai tujuh ekor rakan kucing yang lain di stesen minyak itu.

Walau bagaimanapun Lee enggan mendedahkan lokasi stesen minyak yang dimaksudkan kerana tidak mahu orang ramai bertindak sengaja membuang haiwan peliharaan di sana.

Namun jika anda berminat untuk mengambil kucing untuk dibela, anda boleh hubungi Lee menerusi laman Twitternya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular