KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasminya telah membentuk kerajaan negeri yang baharu di Sabah, selepas memenangi 38 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

GRS yang dianggotai Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) mendapat 14 kerusi, seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) menawan tujuh kerusi.

Buletin TV3/Facebook

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh di Wisma Persekutuan, di sini, malam tadi.

Abdul Ghani berkata, Parti Warisan Sabah (Warisan) memenangi 29 kerusi, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dua kerusi, Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hanya satu kerusi dan calon bebas pula telah memenangi tiga kerusi.

Abdul Ghani berkata, sehingga jam 5 petang tadi, 66.6 peratus atau 739,083 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab. Walaupun angka tersebut agak rendah berbanding sasaran awal iaitu 70 hingga 75 peratus, namun SPR berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan di sebalik penularan COVID-19 di pantai timur Sabah.

Astro Radio News/Facebook

Berkata mengenai isu kelewatan pengumuman keputusan penuh, hal tersebut telah disebabkan oleh masalah pada sistem sehingga menyebabkan proses kemasukan data rasmi tertangguh selama 25 minit.

“Secara keseluruhan, SPR berpuas hati dengan perjalanan PRN Sabah kali ini kerana pematuhan yang tinggi terhadap prosedur operasi standard (SOP) COVID-19,” tambahnya lagi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular