Ada orang berkata kucing itu haiwan yang agak cerewet dan bersikap dingin apabila menemui orang tidak dikenali.

Tetapi kucing belang dari Peru ini agak berbeza sama sekali sifatnya kerana dia seekor kucing yang paling peramah dengan tidak segan langsung ketika mendekati orang asing yang ditemuinya.

Simon Wilson/Facebook

Harald Baldr adalah seorang YouTuber popular berasal dari Norway yang sering memuat naik video pengembaraan dan perjalanannya yang menarik di seluruh dunia ketika dia mengunjungi negara berbeza, sambil memperkenalkan ragam dan budaya setiap orang yang ditemuinya.

Dengan pendapatan sekitar USD500,000 hasil rakaman video perjalanan seluruh dunia di saluran YouTube dan laman media sosial lain, fokus utama dalam siri YouTube Harald Baldr adalah dia akan menghabiskan dana sebulan yang dikumpulkan dari video ini untuk diberikan kepada individu yang bekerja sendiri ketika setiap kali dia melihat dan menemuinya. 

Simon Wilson/Facebook

Setakat ini Harald telah melakukan perjalanan ke Vietnam, India, Thailand, Itali, Perancis serta beberapa negara lain dan ketika berada di Peru dalam persinggahan perjalanannya, Harald telah bertemu dengan seekor kucing yang peramah bernama Perrito atau ‘anjing kecil’ dalam bahasa Latin.

Simon Wilson/Facebook

Harald sendiri seorang pencinta kucing dan ketika dia sampai ke tempat penginapan itu, dia telah disambut mesra oleh penyambut tetamu yang merupakan si bulus Perrito.

Kucing ini tidak kekok menyapa dan memeluk Harald dengan penuh mesra seperti sudah lama mengenalinya.

Simon Wilson/Facebook

Barangkali Perrito memahami pekerjaan pemiliknya yang menguruskan pusat peranginan dan penginapan.

“Saya sangat sukakan kucing, dan saya mahu tidur dengannya pada malam ini,” kata Harald sambil tercari-cari pemilik atau pekerja pusat peranginan yang berada di lokasi yang cantik itu.

Simon Wilson/Facebook

Manakala Perrito duduk bertenggek dengan comelnya di atas tangan Harald dan turut menjenguk mencari tuannya.

Selepas membunyikan loceng, dan pemilik Perrito turun untuk menguruskan daftar masuk bilik penginapannya di pusat peranginan itu, Harald turut meminta izin untuk membenarkan Perrito bermalam dengannya, dan pemiliknya mengizinkan.

Simon Wilson/Facebook

Secara bersahaja begitu sahaja, Harald dengan sikap selamba penyayang melayan Perrito seperti kucing peliharaannya sendiri.

Harald terus mengusap dan memeluk Perrito yang manja dan kucing itu begitu seronok dapat berdamping dengannya.

Simon Wilson/Facebook

“Susahlah nama kamu Perdido, saya panggil kamu Esmeralda sahajalah,” katanya kepada kucing belang jantan yang comel ini sambil memanggil namanya yang sering bertukar-tukar.

Simon Wilson/Facebook

Amat mendamaikan fikiran dan perasaan apabila melihat hubungan istimewa yang terjalin mesra di antara kucing comel ini dengan orang asing yang baru dikenalinya.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular