Apabila kita melihat buaya, reptilia ini memberi aura menggerunkan walaupun ketika dia hanya patung atau replika, tetapi bagaimana jika dia sebenarnya haiwan sebenar yang berkonspirasi dengan penjaganya untuk melakukan ‘prank’ kepada sekumpulan pelancong.

Sekumpulan pelancong wanita mengalami kejutan mendebarkan semasa seekor buaya melakukan ‘prank’ mesra semasa lawatan mereka ke sebuah safari.

Courier Mail/Facebook

Kakitangan di Top End Safari Camp di Australia tiba-tiba mendapat idea untuk berseronok dan mengenakan ‘prank’ kepada para pengunjung safari itu baru-baru ini yang kesemuanya menyangka mereka sedang bergambar di hadapan buaya yang tidak bergerak.

Salah seorang pekerja di safari itu, Joshua Green berkata, kebanyakan haiwan cukup lembut untuk dipercayai, sebab itulah mereka boleh meyakinkan pengunjung untuk membiarkan mereka mengambil ‘pose’ cantik bersama haiwan untuk bergambar.

Courier Mail/Facebook

Tetapi kali ini, satu-satunya perkara yang menjadi ‘snap’ dengan sedikit kegerunan dan rasa takut adalah buaya di belakang sekumpulan pelancong wanita ini.

Rakaman video menunjukkan Joshua dan seorang lagi penjaga buaya yang dinamakan Tripod itu berpura-pura menyiapkan wanita-wanita cantik ini untuk bergambar kenangan di hadapan buaya.

Courier Mail/Facebook

Joshua meminta mereka berkata, “Snap!” ketika semuanya sudah bersedia dengan ‘posing’ cantik masing-masing.

Tiba-tiba, penjaga Tripod melemparkan ketulan daging besar ke dalam mulut Tripod yang berkaki tiga itu dengan mulutnya sedang terbuka luas, seperti dia hanya seekor buaya replika.

Courier Mail/Facebook

Ketika rahang Tripod tertutup dengan bunyi ‘snap’, aksi itu telah membuat semua pelancong wanita itu yang sedia gementar, spontan bertukar ketakutan untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Courier Mail/Facebook

Pada masa itu juga, kumpulan wanita itu menjerit lalu berganjak dari situ dengan berlari ke tempat lebih selamat, sambil Joshua dan pengunjung lain tergelak besar.

Courier Mail/Facebook

“Kumpulan wanita ini berjaya diyakinkan kami untuk bergambar dan bergaya di hadapan Tripod, dan mereka tidak terfikir langsung yang kami sedang merakamkannya dengan niat untuk memberikan mereka sedikit ketakutan kecil. Seperti yang anda lihat, idea kami berjaya dengan sempurna,” kata Joshua kepada media.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular