Menurut satu kenyataan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Taman Kinabalu akan ditutup berkuatkuasa 25 September hingga 8 Oktober 2020. 

Sehubungan itu, semua pengunjung kecuali kakitangan penting, tidak dibenarkan memasuki taman tersebut mulai 24 September 2020.

Kinabalu Park/Facebook

Penutupan tersebut berikutan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Daerah Ranau telah memaklumkan bahawa seorang pendaki dari Tawau, Sabah telah diuji positif jangkitan COVID-19. Pendaki berkenaan telah mengujungi Taman Kinabalu pada 13 hingga 14 September 2020.

“Malim gunung dan pembantu yang bertugas pada dua hari tersebut telah diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan. Sesiapa yang telah menjalani ujian saringan serta didapati positif dan mereka yang berkontak rapat akan dikuarantin selama 14 hari,” menurut kenyataan itu.

Semua kakitangan yang bekerja di kaunter pendaftaran, kawasan pemeriksaan dan pintu masuk di Taman Kinabalu dan Panalaban juga diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan bermula 24 September 2020 di Dewan Kinabalu.

Facebook

Aktiviti pembersihan dan pembasmian kuman akan dilakukan ke atas semua kemudahan awam di taman tersebut.

Sehingga 24 September 2020, jumlah kes positif baharu COVID-19 telah meningkat kepada 147 kes di Malaysia dengan 134 kes dilaporkan dari Sabah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular