Sesiapa yang melalui hari perkahwinan pasti akan bersetuju bahawa majlis perkahwinan dengan pasangan yang dicintai adalah suatu momen yang sangat indah dan sukar untuk dilupakan.

Dan bagi seorang pengantin perempuan bernama Cíntia Bonfante Pereira, momen di hari perkahwinannya dengan suaminya, Jose Vitor Flach, pastinya sesuatu yang sangat bermakna buatnya.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Di hari perkahwinan mereka yang dilangsungkan di sebuah gereja, Jose telah memutuskan untuk membuat kejutan besar yang tanpa diketahuinya telah berjaya membuat hati Cíntia sangat tersentuh.

Semuanya berlangsung dengan lancar, sebelum pintu utama dewan gereja tiba-tiba terbuka dan beberapa orang putera dan puteri mula berjalan masuk ke dalam dewan.

Dan sebaik sahaja melihat wajah kanak-kanak yang masuk ke dalam dewan, Cíntia serta-merta menitiskan air mata kegembiraan. Rasa terharu jelas terpancar di wajahnya.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Mana tidaknya, semua kanak-kanak yang berjalan masuk ke dalam dewan majlis perkahwinannya itu adalah para pelajarnya yang istimewa.

Mereka semuanya menghidap penyakit sindrom down, dan Cíntia, yang bekerja sebagai pakar terapi percakapan, adalah antara pakar yang bertanggungjawab mendidik anak-anak yang manis ini.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Air mata Cíntia tidak henti-henti mengalir sehinggalah anak-anak yang manis ini sampai kepadanya. Cíntia terlalu terharu dan kasih sayangnya melimpah-ruah buat anak-anak istimewa ini.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Pastinya, momen ini adalah antara momen yang paling indah buat Cíntia dan suami. Malah, dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook, para tetamu juga turut berasa terharu dan tersentuh dengan kejutan daripada Jose.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Sememangnya, kehadiran kanak-kanak, apatah lagi anak murid yang telah dianggap sebagai anak kandung sendiri, di hari bahagia sepasang pasangan yang mengikat janji mereka pastinya merupakan satu bonus yang membahagiakan lagi pasangan ini.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Dan, Jose, yang sangat mengetahui betapa besarnya kasih sayang isterinya kepada anak-anak muridnya telah berjaya membuatnya isterinya menangis sambil tersenyum di hari bahagia mereka.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular