Cara lelaki ini, Jh-Arland Pasion menukar filem negatif lama dari kamera lama menjadi gambar digital telah mendapat perkongsian lebih 95,000 kalangan netizen di Facebook.

Bagi mereka yang lahir pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an pastinya mengenali kamera yang menggunakan filem gulung yang kita panggil ‘Kodak’, ‘Fuji’, ‘Konika’ dan lain-lain yang kemudiannya perlu dicuci di kedai gambar menjadi kepingan gambar atau foto yang dicaj 10 sen hingga 30 sen sekeping mengikut saiz.

Unsplash/ Gambar Hiasan

Menggunakan kamera dengan jenama di atas, ia merupakan produk terawal dunia kamera sebelum melalui fasa evolusi digital yang semakin canggih hari demi hari.

Biarpun zaman filem gulung atau negatif sudah berlalu, tidak dinafikan masih terdapat pengguna yang masih setia menggunakan kamera lama ini sebagai hobi vintage dan menyimpan filem-filem negatif lama mereka sebagai koleksi simpanan peribadi.

Jh-Arland Pasion/Facebook

Hanya memiliki kepingan filem yang dihadkan menjadikan pemilik biasanya hanya merekodkan momen bermakna sahaja yang menjadikan setiap gambar yang diambil itu amat berharga.

Kini negatif filem agak sukar dicuci memandangkan tiada lagi kedai gambar biasa yang menggunakan teknik ini untuk mencuci gambar menyebabkan ada pemilik hanya menyimpan filem negatif sebagai koleksi tanpa mencetaknya menjadi gambar.

Jh-Arland Pasion/Facebook

Tetapi tahukah anda negatif ini sebenarnya boleh ditukar menjadi salinan gambar digital dengan menggunakan aplikasi suntingan gambar daripada teknologi terkini?

Tutorial ringkas dengan hanya menggunakan aplikasi suntingan gambar oleh Jh-Arland Pasion di Facebook dan Youtube ini akan membantu anda menukar negatif lama menjadi gambar digital. Ikuti cara di bawah:

1. Pilih negatif filem yang dikehendaki.

Jh-Arland Pasion/Facebook

2. Buka gambar latar belakang putih di telefon pintar dengan menggunakan telefon ke-2 dan letakkan negatif filem tadi di atas gambar tersebut.

Jh-Arland Pasion/Facebook

3. Tingkatkan tahap kecerahan telefon supaya foto negatif filem anda dapat dilihat dengan lebih jelas.

Jh-Arland Pasion/Facebook

4. Buka aplikasi PicsArt atau mana-mana aplikasi yang boleh digunakan sebagai bahan suntingan, yang penting ada fungsi ‘negative’ dan ‘enhance tool’.

Jh-Arland Pasion/Facebook

5. Klik pada ikon ‘effect’ dan kemudian ikon ‘colors’ sebelum klik pada ikon ‘negative’.

Jh-Arland Pasion/Facebook

6. Sekiranya perlu, klik sekali lagi ikon ‘negative’.

Jh-Arland Pasion/Facebook

7. Klik ikon ‘adjust’ untuk melaraskan gambar mengikut spesifikasi yang anda perlukan.

Jh-Arland Pasion/Facebook

8. Contoh yang Arland beri dalam ‘Tool’ dan ‘Adjust’ ialah:

Jh-Arland Pasion/Facebook

  • Brightness: +10
  • Contrast: +50
  • Saturation: -50
  • Highlights: -5
  • Shadow: +15

9. Klik ‘crop’ untuk potong gambar anda sebelum laraskan kedudukan gambar dan simpan.

Jh-Arland Pasion/Facebook

Jh-Arland Pasion/Facebook

Hasil gambar itu nanti akan menjadi begini.

Jh-Arland Pasion/Facebook

Gambar lama anda atau ahli keluarga sudah siap dihasilkan secara digital, dan anda boleh mencetaknya di mesin pencetak digital menurut cara yang diinginkan.

Jh-Arland Pasion/Facebook

Lihat video di bawah untuk mengetahui caranya dengan lebih baik dan selamat mencuba:

<iframe width=”640″ height=”360″ src=”https://www.youtube.com/embed/wNfsMtDej3c” frameborder=”0″ allow=”accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture” allowfullscreen></iframe>

YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular