Kanggaru adalah sejenis mamalia yang lain daripada yang lain. Dengan kantung yang terdapat pada hadapan perutnya membuatkannya sangat istimewa.

Mungkin ramai antara anda yang tahu mamalia ini sering membawa anak kecilnya di dalam kantungnya. Namun begitu, tahukah anda sebenarnya kanggaru membesarkan bayi kecilnya di dalam kantung yang sama? Percaya atau tidak bayi kanggaru sebenarnya membesar di luar rahim tidak seperti haiwan lain.

Facebook

Bayi kanggaru dilahirkan selepas 33 hari disenyawakan dan biasanya hanya ada seekor anak kanggaru yang dilahirkan dalam satu-satu masa. Ketika itu anak kanggaru masih tiada bulu, buta dan panjangnya hanya beberapa sentimeter.

Facebook

Setelah kira-kira 190 hari, bayi kanggaru mula membesar dan berkembang sepenuhnya di dalam kantung.

Facebook

Apabila anak kanggaru mula membesar dan mula menjejakkan kakinya ke dunia luar, bayi kanggaru akan panjat semula ke tubuh ibunya menggunakan kaki depan untuk masuk ke kantung dan biasanya ia akan memakan masa tiga hingga lima minit.

Setelah masuk ke dalam kantung, bayi kanggaru akan terus mencari puting susu ibunya. Setelah mendapat salah satu daripada empat puting ibunya bayi kanggaru mula menyusu.

Facebook

Selepas beberapa minggu, apabila anak kanggaru mula berasa selamat untuk keluar dari kantung dan sejak itu anak kanggaru akan mula menghabiskan banyak masanya di luar kantung ibunya dan setelah 235 hari anak kanggaru akan mula meninggalkan kantung ibunya buat kali terkahir.

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular