Seorang usahawan lelaki dan pembantunya dilaporkan cedera ditembak ketika sedang memandu melintasi sebuah sekolah menengah di Banting pada tengah hari 25 September yang lalu.

Kejadian tembakan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang terkejut telah merempuh bahu jalan dan mencederakan tiga orang pelajar yang berada di bahu jalan berkenaan.

Facebook

Facebook

Menurut laporan Sinchew, suspek yang menembak dua orang mangsa di dalam kereta jenama BMW itu menaiki motosikal dan telah melarikan diri selepas melepaskan beberapa das tembakan dari arah hadapan kenderaan mangsa. 

Facebook

Selain itu, beberapa kenderaan lain juga dilaporkan rosak akibat dirempuh oleh kenderaan mangsa ketika mangsa cuba untuk melarikan diri.

Facebook

Disebabkan insiden ini berlaku ketika ramai orang awam berada di lokasi kejadian, orang ramai telah menghubungi pihak polis dan ambulans dengan kadar segera untuk membantu mangsa-mangsa yang tercedera.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular