Selain pemanduan berhemah, keadaan jalan raya juga adalah satu faktor penting pada kita menjamin keselamatan ketika memandu.

Keadaan jalan raya yang tidak begitu selamat dan berisiko sudah pasti mendatangkan pelbagai masalah di kemudian hari. Ia bahkan boleh mengorbankan nyawa!

Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Baru-baru ini, sebuah bas mengalami masalah apabila tayarnya tersangkut pada jalan. Situasi tersebut dikongsikan menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS.

Tayar belakang bas Rapid KL tersebut jelas kelihatan tenggelam pada jalan berikutan paip bawah tanah yang pecah di Jalan Gombak menghala ke Diamond Square.

Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Seorang pengguna Facebook yang kebetulan melalui jalan berkenaan kemudian memberitahu bahawa tayar bas tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan.

Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Namun ia meninggalkan lubang pada jalan tar terbabit yang kelihatan mendap ke dalam. Cukup merbahaya, bayangkan jika motosikal yang menjadi mangsa..

Baru sahaja kita dengar akan kejadian blok konkrit jatuh menghempap pengguna jalan raya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), bukan? Kemudian ini pula.

Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Keadaan jalan ternyata sangat memberi kesan kepada pengguna. Diharapkan perkara ini mendapat perhatian pihak sewajarnya agar tidak berulang lagi di kemudian hari ataupun di tempat lain pula.

Buat anda di luar sana, sentiasa berhati-hati di jalan raya ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular