Seekor anjing bernama Winston baru-baru ini telah membuat pekerja penghantaran dan pemandu Amazon berlari sepantas kilat sambil melompat pagar tanpa cacat cela yang jarang-jarang sekali pernah dilakukannya.

Dalam insiden lucu pada 10 September yang dirakam CCTV itu, seorang pekerja Amazon tiba di rumah keluarga Allan dan Meredith Anderson di Temecula, California untuk menghantar bungkusan dan dia tidak menyangka untuk membayangkan seekor anjing baka English mastiff seberat 82 kilogram akan menyambutnya.

Daily Mail/Facebook

Dia tidak melihat tanda ‘Awas Anjing’ di pintu pagar lalu terus menuju ke pintu hadapan rumah dan pada detik berikutnya, kita dapat melihat lelaki ini bergegas kembali ke pintu pagar sambil kelihatan wajahnya yang sedang tersengih tetapi sebenarnya takut akan digigit anjing yang kelihatan di belakangnya.

Anjing nakal bernama Winston mengejar lelaki yang sedang kecut perut ini untuk menyapa.

Daily Mail/Facebook

Secara spontan dan sepantas kilat pekerja Amazon itu tiba-tiba melompat pagar tanpa cela menuju ke laman rumah pasangan Anderson.

Daily Mail/Facebook

Tidak sangka pula dia boleh bertukar profesion menjadi pelari pecut berpagar, gara-gara Winston yang menyambutnya dengan aksi kejar-mengejar.

Daily Mail/Facebook

Anjing berusia tiga tahun itu kemudian berpaling dari pagar dan pekerja penghantaran ini berhenti seketika untuk menarik nafasnya. Kelihatan senyuman terus kekal di wajah yang sebenarnya sedang cuak membuat kita tidak dapat menahan untuk ketawa.

Lelaki ini kemudian menyedari bahawa anjing itu hanya mahu bermain dengannya, sambil dia kembali bertenang dan berjalan menuju ke pintu pagar.

Daily Mail/Facebook

Tuan rumah Meredith kemudian kelihatan berjalan sambil membawa sampah di tangannya, menuju ke arah pekerja Amazon ini dan menerima bungkusan itu, sambil meminta maaf dengan kelakuan nakal Winston.

Pasangan Anderson berkata, “Kami sangat terkejut, terutama sekali dia tidak memberitahu apa-apa kepada kami ketika dia datang. Kami tidak percaya melihat apa yang telah berlaku dan setinggi itu dia boleh melompat. Katanya, dia tidak tercedera di mana-mana, dan kami tertawa sendiri.”

Daily Mail/Facebook

Pasangan Anderson berkata anjing kesayangan mereka, Winston sangat lincah dan peramah. Jika pekerja penghantaran itu membongkok dan bertanya khabar tanpa rasa gentar, mungkin mukanya akan dijilat oleh anjing itu sebagai tanda dia sukakan tetamu.

Keletah Winston telah berjaya mencairkan hati pencinta haiwan, namun ketangkasan pekerja penghantaran Amazon yang atletik itu pula telah membuat semua orang berasa kagum kerana melihat betapa cepatnya dia bertindak, menjadikan rakaman video CCTV itu turut tular sepantas kilat dengan pelbagai reaksi dan komen lebih 48,000 netizen.

Tonton video di bawah:

Daily Mail/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular