Bermula 24 September, Malaysia dijangka akan mengalami fasa peralihan angin monsun yang turut membawa ribut petir, hujan lebat dan angina kencang.

Dalam tempoh tersebut, langit biasakan akan cerah pada waktu pagi dan kawasan di rantau negara pula akan menerima tiupan angina lemah daripada pelbagai hala.

Ia adalah keadaan yang kondusif untuk pembetukan awan ribut petir pada sebelah petang.

Semasa fasa peralihan monsun, keadaan cuaca ini akan berlaku pada waktu petang dan malam di kebanyakan negeri pantai Barat dan juga kawasan tengah Semenanjung.

Begitu juga dengan kawasan pantai Barat Sabah dan bahagian Barat serta tengah negeri Sarawak.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan cuaca begini berpotensi menyebabkan banjir kilat berikutan jumlah hujan bulanan yang tinggi.

Ia secara tidak langsung berupaya untuk memusnahkan infrastuktur yang kurang kukuh.

Sungguhpun begitu, taburan hujan di semua negeri dijangka berada pada paras purata untuk sepanjang tempoh peralihan monsun ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati untuk menjauhi daripada berada berdekatan dengan struktur yang tidak kukuh untuk mengelakkan perkara tidak diingin berlaku.

Selain itu, elakkan menyentuh objek besi, barang atau kabel elektrik serta berada di kawasan lapang semasa berlaku ribut petir.

Untuk informasi serta ramalan cuaca terkini, anda bolehlah melayari laman web MET Malaysia ataupun laman sosial rasmi mereka (Facebook, Twitter).

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular