Menjalani kehidupan yang tenang setelah meningkat usia adalah satu impian yang ingin dinikmati oleh setiap individu.

Tiada siapa yang mahu bekerja keras mencari duit, dibebani hutang mahupun terikat dengan sesuatu perkara setelah berusia. Pasti semua mahu hidup bebas dan berpeluang untuk menerokai seluruh dunia.

Inilah peluang yang berjaya diraih oleh Norah, 51 tahun dan rakan baiknya Susie Chua, 56 tahun. Norah sebelum ini berkhidmat sebagai pemandu manakala Susie Chua pula adalah bekas setiausaha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norah & Susie🇸🇬🇸🇬🇸🇬 (@2travellingaunties) on

2travellingaunties/Instagram

Demi mencapai impian yang mereka idamkan selama ini, kedua-duanya bersepakat untuk berhenti bekerja sekitar Julai tahun lepas dan dari detik itulah bermulanya pengembaraan mereka.

Pada tanggal 9 September 2019, kedua-dua wanita ini telah menaiki penerbangan ke Singapura menuju ke Belanda bagi melayari pengembaraan mereka ke Eropah.

Menurut Norah, dari segi persediaan kewangan, kedua-dua mereka telah berusaha untuk mengumpul wang sebanyak sekitar RM150,000 demi merealisasikan hasrat ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norah & Susie🇸🇬🇸🇬🇸🇬 (@2travellingaunties) on

2travellingaunties/Instagram

Dengan wang tersebut, Norah dan Susie telah membeli sebuah campervan (van yang dilengkapi kemudahan asas seperti katil dan dapur) berharga RM72,000. Baki selebihnya digunakan sepenuhnya untuk mereka mengembara ke seluruh benua Eropah dan Afrika Utara.

Dengan adanya campervan ini, segalanya menjadi lebih mudah dan jimat. Mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk penginapan selain bebas untuk memilih lokasi perkhemahan yang cantik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norah & Susie🇸🇬🇸🇬🇸🇬 (@2travellingaunties) on

2travellingaunties/Instagram

Kata Norah, “Selepas satu pengembaraan, kami mula berminat dalam aktiviti perkhemahan. Setelah berfikir dengan mendalam dan membuat pengiraan, kami dapati kos pengembaraan selama dua minggu boleh mencecah sehingga lima ke enam ribu yuan. Adalah lebih baik sekiranya kami menggunakan pendekatan pengembaraan yang lain”.

Jelasnya lagi, mereka dapat merasai perbezaan yang begitu ketara di antara pengembaraan biasa dengan pengembaraan menggunakan campervan. Dengan adanya kemudahan campervan ini, mereka tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli makanan.

Sebaliknya, mereka boleh memasak sendiri, makan dan minum di dalam van dan bergerak ke mana sahaja yang mereka suka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norah & Susie🇸🇬🇸🇬🇸🇬 (@2travellingaunties) on

2travellingaunties/Instagram

“Terdapat peti sejuk, dapur, katil dan tandas di dalam van. Tetapi untuk tandas tersebut, kami perlu membersihkan sendiri tangki dan ruang najis setiap hari. Kami akan ke stesen minyak untuk mengisi air atau mengambil air secara terus dari kawasan tadahan air semulajadi. Bekalan air ini boleh digunakan selama seminggu. Kebanyakan pemilik campervan lain akan meletakkan kenderaan masing-masing di tepi pantai, di dalam hutan, di taman rekreasi dan juga di ruangan parkir awam atau di pasaraya”.

Pada masa ini, kedua-duanya sedang menikmati keindahan negara Albania dan bercadang untuk menjadikan Bulgaria sebagai senarai negara seterusnya yang akan diterokai. Jelas Susie, dalam tempoh setahun, dia dan Norah telah mengembara ke 20 buah negara.

Antaranya Belgium, Perancis, Ireland, Sepanyol, Jerman, Switzerland, Hungary dan lain-lain lagi manakala Maghribi pula adalah negara yang paling lama mereka duduki dalam senarai tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norah & Susie🇸🇬🇸🇬🇸🇬 (@2travellingaunties) on

2travellingaunties/Instagram

“Saya tiba di Maghribi pada November tahun lalu dan mengambil keputusan untuk menginap di sana selama tiga bulan. Kemudian, isu pandemik berlaku dan kami tersekat di sana selama lebih kurang tujuh bulan. Bagaimanapun, kami tetap menikmatinya. Maghribi adalah negara kegemaran kami setakat ini”.

Perjalanan mengembara ke seluruh dunia ini banyak meninggalkan pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan mereka. Norah dan Susie juga menegaskan bahawa mereka tidak menyesali keputusan mereka untuk berhenti kerja.

Meskipun pada awalnya mendapat tentangan dari ahli keluarga, namun akhirnya mereka semua tetap menyokong impian kedua-dua wanita ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norah & Susie🇸🇬🇸🇬🇸🇬 (@2travellingaunties) on

2travellingaunties/Instagram

“Kami memandu merentasi kawasan pergunungan, menghabiskan masa sepanjang malam di atas tebing dan menunggang basikal bersama di kawasan gurun. Semua kenangan ini tidak akan dapat dilupakan. Saya telah bekerja selama lebih 30 tahun dan sekarang adalah masanya untuk saya menikmati kehidupan. Jika saya berkemampuan, saya akan teruskan. Aktiviti pengembaraan sangat menakjubkan”.

Jelas Norah, dia pada awalnya tidak menyangka dengan wang yang dikumpulkan itu, mereka mampu bertahan selama setahun. Katanya, campervan yang berusia 23 tahun itu pernah mengalami kerosakan di Eropah dan menelan kos membaik pulih sebanyak RM15,000.

Justeru, bagi menjimatkan perbelanjaan, mereka cuma akan makan sarapan dan makan malam sahaja. Bahan-bahan untuk memasak pula dibeli di pasaraya tempatan dan mereka akan bertanya pada penduduk tentang resipi dan memasaknya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norah & Susie🇸🇬🇸🇬🇸🇬 (@2travellingaunties) on

2travellingaunties/Instagram

“Kami bercadang untuk menjual van itu tetapi kami sangat menyukai campervan ini. Kami berharap agar kami dapat meneruskan perjalanan ke China, Thailand, Malaysia sebelum pulang ke negara asal”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular