Pernah sebelum ini tular akan keenakan ‘corn dog’ yang membuatkan ramai di antara kita pergi membelinya di kedai.

Dan nampaknya ‘kegilaan’ masyarakat kita terhadap hidangan itu ternyata masih belum berakhir. Ia masih lagi dicari-cari. Tetapi lebih senang jika dibuat sendiri sahaja bukan?

Berikut adalah resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nur Syazwani Mustafa. Antara bahan-bahan yang diperlukan :

  • Sosej
  • Blok keju Mozarella
  • Serbuk roti (putih)
  • Kayu chopstick
  • 1 sudu besar yis kering
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 cawan air suam
  • 7 sudu besar tepung gandum
  • 1 paket tepung cucur lemak manis jenama Adabi

Cara penyediaan :

1.Rebus sosej 2 hingga 3 minit dalam air panas yang menggelegak. Setelah itu, toskan dan potong kepada dua bahagian

2. Potong pula blok keju Mozarella menjadi kiub (sebesar saiz sosej). Ambil kayu chopstick lalu cucukkan sosej dahulu. Barulah diikuti dengan keju.

3. Campurkan tepung cucur lemak manis Adabi dengan tepung gandum. Lalu masukkan yis dan garam. Bancuh dengan air suam. Gaul sebati hingga bancuhan menjadi kental seperti di bawah :

Nur Syazwani Mustafa/Facebook

*Simpan bancuhan tadi di dalam peti ais selama lebih kurang setengah jam.

4. Kemudian salutkan bancuhan tersebut pada sosej dan keju.

5. Salutkan pula ia pada serbuk roti. Kepalnya agar menjadi lebih mampat dengan bahan salutan.

6. Corn dog sedia digorengkan. Untuk topping, boleh letak apa-apa sos mengikut citarasa (sos cili, mayonis dan lain-lain)

Menurut Syazwani, resipi ini menghasilkan sebanyak lapan batang corn dog. Jika dibeli di luar pun, harganya boleh mencecah RM10-RM15.

Agak mahal, bukan? Lebih baik kita buat sendiri sahaja di rumah, ianya jauh lebih murah!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular