Sering kali kita terdengar mengenai perkara buruk yang dikaitkan dengan kucing berwarna hitam, di mana kucing hitam dipercayai membawa nasib malang.

Sedangkan ia hanyalah warna semata-mata. Warna apa pun, kucing tetaplah kucing dan mereka perlu dilayan sebaik dan seadil mungkin.

Seorang pemilik kucing berwarna hitam baru-baru ini ada berkongsi akan pengalaman bermaknanya bersama dengan kucing yang dibela.

bombO1

Suatu hari, individu berkenaan berasa sangat murung dan bersedih sehinggakan dia berkurung di dalam tandas untuk mengenang nasibnya.

Dengan tidak semena-mena, kucing hitamnya itu datang lalu membawakan ‘hadiah’ istimewa buatnya, iaitu empat keping penutup botol.

Difahamkan bahawa kucing miliknya itu begitu gemar mengumpul dan bermain dengan penutup botol. Sekaligus ia memberi makna bahawa penutup botol itu adalah benda kegemarannya.

bombO1

Sungguhpun penutup botol itu cukup bermakna buatnya, si kucing langsung tidak berkira lalu menghadiahkan penutup botol tersebut kepada tuannya.

Barangkali mahu menggembirakan tuannya. Tindakan kucing comel itu ternyata mengusik hati tuannya. Dia berasa sungguh terharu.

Jelas terbukti bahawa kucingnya itu begitu mengambil berat akan tuannya. Reaksi kucing itu seperti mahu menyampaikan mesej, “Satu penutup botol sudah cukup untuk menggembirakan saya”.

bombO1

“Jadi saya berikan 4 keping penutup botol untuk kamu. Ia sudah tentu akan menjadikan kamu tersangat gembira, bukan? Jika tidak cukup, saya ada lagi”.

Walaupun cuma hanya penutup botol, ia sudah cukup membuatkan hati tuannya itu tersentuh. Ia adalah hadiah paling bermakna untuknya.

Comel betul cara kucing hitam ini mahu memujuk tuannya, bukan? Untung sangat individu itu kerana dikurniakan kucing yang begitu memahami sebegini!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular