Haiwan, sama seperti manusia, saling bergantung kepada sesama sendiri untuk membantu mereka dalam kesusahan.

Contoh paling mudah adalah apabila haiwan yang masih kecil mahu turun daripada tempat yang tinggi dan memerlukan bantuan daripada haiwan yang lebih dewasa untuk memegang mereka agar mereka berasa lebih selamat.

ViralHog/YouTube

Begitu jugalah kehidupan ini, yang saling bergantung sesama sediri dan memerlukan kerjasama. 

Menerusi video yang dikongsikan oleh di laman YouTube, dapat dilihat beberapa klip video pendek yang menunjukkan bagaimana haiwan-haiwan dirakam saling membantu sesama sendiri untuk melancarkan lagi aktiviti mereka.

ViralHog/YouTube

Antaranya adalah seperti tiga ekor rakun yang berusaha memanjat sebuah tembok dinding yang tinggi. Oleh kerana saiz mereka yang kecil dan tidak sama untuk ketiga-tiganya, maka mereka saling bekerjasama dengan memegang antara satu sama lain untuk menarik rakan mereka yang masih belum dapat memanjat dinding itu.

ViralHog/YouTube

Bijak juga rakun-rakun ini!

Newsflare/YouTube

Seterusnya, dapat dilihat juga bagaimana dua ekor rakun, dipercayai merupakan anak-beranak, yang dirakam sedang melintasi ruang kosong antara atap bumbung dengan sebatang pokok.

Newsflare/YouTube

Bukan itu sahaja, rakaman lain juga menunjukkan situasi di mana seekor ibu koala yang seolah-olah menyambut anaknya yang sedang turun daripada sebatang pokok di sebuah zoo.

HmmmPK/YouTube

Walaupun nampak seperti biasa, namun, untuk haiwan, ini menunjukkan bahawa mereka juga mempunyai naluri untuk melindungi antara sesama mereka!

HmmmPK/YouTube

Video terakhir yang sempat dirakam juga menunjukkan bagaimana seekor anjing dewasa ‘menyelamatkan’ seekor anak anjing yang kepalanya terperangkap di dalam plastik.

Tidak memerlukan masa yang lama, sebaik sahaja melihat anak anjing itu yang berjalan dengan tidak tentu arah, anjing dewasa itu dengan segera menggigit penghujung plastik itu dan mencabutnya daripada kepala anak anjing itu. 

Manisnya rakaman ini!

ViralHog/YouTube

Memang tidak dapat dinafikan bahawa haiwan juga sebenarnya adalah kehidupan yang mempunyai keperluan sama seperti manusia. Dari segi sosial, nampaknya, mereka juga sama yang memerlukan bantuan dan sokongan untuk terus belajar menjalani kehidupan.

Jadi, jangan lupa untuk ambil pengajaran daripada video pendek ini, bahawa kita semua sebenarnya saling memerlukan dan perlu bekerjasama!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular